Henti nyanyi lagu tular GISB

TUMPAT 30 Sept. – Orang ramai diingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat dan bercanggah dengan agama Islam.

Justeru Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad meminta supaya perbuatan menyanyikan lagu itu yang kini tular di media sosial dihentikan segera.

“Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.

“Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan dan Anugerah MBOR Penulisan 3 Juta Kalimah Allah di SMU(A) Bustanus Saadah, Morak, di sini, hari ini.

Sejak kebelakangan ini, media sosial banyak dibanjiri dengan parodi ke arah lagu yang menyanjung Abuya (Asaari selaku pengasas Al-Arqam).

Awal bulan ini, polis melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan yang menyaksikan 402 kanak-kanak, berusia antara satu hingga 17 tahun diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderaan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment