KUALA LUMPUR 23 Ogos – Kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini tidak boleh dijadikan kayu ukur bahawa orang Melayu akan kembali menyokong parti itu. Pengarah PRK Nenggiri Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia memberi gambaran bahawa jika UMNO melakukan apa yang dituntut rakyat dan melaksanakannya, parti itu akan mendapat sokongan. “Menang di Nenggiri saja bukan bererti orang Melayu akan balik menyokong UMNO. Jika kita buktikan apa kita buat itu perkara yang akan dilakukan dengan ikhlas, mereka akan menambah sokongan kepada kita…
Read MoreDay: August 23, 2024
UMNO bergerak solo atau sekadar ‘dominan’
UCAPAN Dasar Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi melontarkan pelbagai persoalan mengenai hala tuju parti itu dalam mendepani laman baharu dinamika dan realiti semasa politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum ke-16. Berbaki lebih kurang tidak sampai tiga tahun lagi, parti-parti politik terutama yang membentuk Kerajaan Perpaduan sudah tentu mempunyai percaturan sendiri – sama ada sekadar’tepuk dada tanya selera’ atau sekadar ‘ukur baju di badan sendiri’. Dalam hal ini, kepada lebih 2,000 perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Dewan Merdeka, Timbalan Perdana Menteri melontarkan persoalan sama ada pendekatan bergerak…
Read MoreRumpun Melayu satukan NGO
KUALA LUMPUR 23 Ogos – UMNO akan menjalankan usaha secara besar-besaran bagi menyatukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sebagai satu gerakan yang dinamakan Rumpun Melayu, kata Presidennya Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, melalui gerakan ini, UMNO akan bersama-sama pertubuhan-pertubuhan ini bagi memperkukuhkan agenda perkongsian kuasa berindukkan Melayu dan Islam. “Melalui gerakan ini, kita akan bersama-sama pertubuhan-pertubuhan yang memiliki semangat mempertahankan perkongsian kuasa. Kita mahu gerakan ini, sebagai wadah untuk memastikan agenda Melayu dan Islam menjadi teras dalam apa juga bentuk kerjasama yang hendak dijalinkan,” katanya dalam ucapan dasar di Perhimpunan…
Read MoreSaya tidak akan menjadi pengkhianat – Zahid
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Di hadapan lebih 2,000 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Dewan Merdeka hari ini, Dr Ahmad Zahid Hamid menegaskan beliau tidak akan menjadi pengkhianat kepada parti. Presiden UMNO itu berkata, beliau juga tidak akan merelakan mana-mana pihak menjadikan parti keramat ini sebagai bahan dagangan. Beliau berkata, membina semula keyakinan rakyat terhadap politik sederhana amat mendesak dan ahli-ahli parti perlu meletakkan kepercayaan terhadap usaha-usaha dan pertimbangan parti, dalam mendepani anjakan politik semasa yang berlaku. “Dengan itu yakinlah, apa pun keputusan yang kita…
Read More‘We Stand With Palestine’
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 hari ini, mengenakan selempang ‘We Stand With Palestine’ berserta logo UMNO, sebagai tanda solidariti dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin. Selempang itu antara lain untuk melahirkan rasa kasih sayang kepada rakyat Palestin yang saban masa berdepan kezaliman dan kekejaman tentera Israel. Pengerusi Tetap UMNO, Badruddin Amiruddin, berkata selempang dipakai Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan perwakilan itu juga sebagai tanda penghormatan dan rasa sedih terhadap kekejaman menimpa rakyat Palestin. “Semangat presiden kita dengan Ketua Biro Politik…
Read MoreUsul pengampunan Najib paling banyak diterima
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Usul menuntut keadilan dan pengampunan penuh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, paling banyak diterima daripada bahagian-bahagian seluruh negara selepas semua 17,998 cawangan selesai bersidang. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, sebanyak 72 daripada usul pada Perhimpunan Agung UMNO adalah berkisarkan menuntut keadilan dan pengampunan penuh Najib. “Usul diterima daripada 171 bahagian dan usul tertinggi diperoleh daripada 72 bahagian ialah untuk kita terus menuntut keadilan dan pengampunan penuh Datuk Seri Najib Razak. “Sesungguhnya, selagi bossku terperangkap di sebalik tirai besi suara ikhtiar…
Read MoreBerita pilihan…
Kes pertama strain clade 1b di Thailand
BANGKOK 23 Ogos – Kes cacar monyet atau mpox yang dilaporkan di Thailand minggu ini adalah strain clade 1b virus itu, demikian menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand semalam. Menurut Ketua Pengarah jabatan, Dr Thongchai Keeratihuttayakorn, keputusan makmal Jabatan Sains Perubatan mengesahkan kehadiran strain clade 1b pada seorang pesakit Eropah berusia 66 tahun yang dijangkiti penyakit berkenaan. “Ini adalah pesakit pertama terbabit di Thailand. Mulai sekarang, keputusan itu perlu dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengikut piawaian Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR),” katanya dalam satu kenyataan. Kelmarin, jabatan berkenaan melaporkan pesakit Eropah…
Read MoreSaringan suhu di lapangan terbang Singapura
SINGAPURA 23 Ogos – Mulai hari ini, Singapura dijadual melaksanakan saringan suhu dan visual di Lapangan Terbang Changi serta Lapangan Terbang Seletar terhadap pelawat dan kru penerbangan dari tempat yang berkemungkinan terdedah kepada risiko wabak cacar monyet atau mpox. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, langkah saringan serupa juga akan dilaksanakan di pusat pemeriksaan laut terhadap anak kapal dan penumpang yang tiba dengan kapal dari kawasan terjejas dengan penyakit itu. MOH, Kementerian Pengangkutan serta Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan akan melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan keupayaan pengawasan kami terhadap…
Read More