‘We Stand With Palestine’

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 hari ini, mengenakan selempang ‘We Stand With Palestine’ berserta logo UMNO, sebagai tanda solidariti dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin.

Selempang itu antara lain untuk melahirkan rasa kasih sayang kepada rakyat Palestin yang saban masa berdepan kezaliman dan kekejaman tentera Israel.

Pengerusi Tetap UMNO, Badruddin Amiruddin, berkata selempang dipakai Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan perwakilan itu juga sebagai tanda penghormatan dan rasa sedih terhadap kekejaman menimpa rakyat Palestin.

“Semangat presiden kita dengan Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, hubungan mereka cukup baik dan selalu berkomunikasi melalui panggilan telefon,” katanya ketika berucap sebelum Majlis Perasmian PAU 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Badruddin berkata, sebelum ini, Malaysia memberi semangat kepada Palestin untuk terus melawan dan berjuang demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air mereka, kini kerajaan mengambil inisiatif membawa masuk rakyat dari negara itu yang tercedera untuk mendapatkan rawatan.

“Jadi rakyat Malaysia jangan kata (mengkritik ihsan Malaysia) apa-apa. Anak mereka (Palestin) makan rumput, anak kita (Malaysia) makan nasi,” katanya turut mengajak perwakilan membaca al-Fatihah dan mendoakan Allahyarham Haniyeh serta semua pejuang Palestin yang telah terkorban.

Nnn

Related posts

Leave a Comment