JAKARTA: Imigresen Indonesia berjaya mengenal pasti tiga laluan utama penyeludupan pekerja migrannya iaitu dari Medan ke Malaysia dan Singapura; Surabaya ke Vietnam melalui Malaysia dan Brunei; serta Jakarta ke Thailand dan Kemboja
Direktorat Jeneral Imigresen turut membongkar beberapa kaedah yang digunakan pekerja untuk mengelak daripada mengikut prosedur undang-undang, termasuk skim penempatan kerja khas, program umrah dan haji, latihan luar negara, serta perkahwinan.
Sebagai tindak balas, pihak berkuasa memperketat kawalan pasport dan mempertingkat pengawasan imigresen menyebabkan kelewatan dalam pengeluaran 18,604 pasport serta penangguhan keberangkatan 14,930 pekerja migran.
Menurut kenyataan itu, tekanan konomi serta faktor sosial mendorong ramai warga Indonesia menggunakan laluan tidak mengikut prosedur untuk bekerja di luar negara.
Pada masa yang sama, direktorat juga memberitahu ramai juga warga Indonesia menjadi mangsa penipuan pemerdagangan manusia dalam talian, selain sukar untuk membezakan antara mangsa dengan pelaku.
Nnnn
