Risiko jangkitan hantavirus rendah

TENERIFE – Wabak hantavirus yang melanda kapal persiaran MV Hondius itu “bukan seperti Covid-19” dan risiko jangkitan adalah rendah menjelang ketibaan kapal persiaran itu di pelabuhan Granadilla awal pagi Ahad. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberi jaminan itu kepada penduduk dan memaklumkan tiada penumpang yang menunjukkan simptom ketika ini. Setakat ini, enam kes disahkan dalam kalangan penumpang, termasuk seorang daripada tiga individu yang meninggal dunia sepanjang pelayaran dari Amerika Selatan. Pihak berkuasa Sepanyol telah menjelaskan langkah kawalan ketat bagi memastikan penularan dapat dicegah, termasuk memindahkan penumpang…

Read More