Kes meningkat, tertinggi bulan April

  • Kes sembuh : 1,259 kes (349,039 kes kumulatif, 94.9%);
  • Kes baharu : 2,148 kes (367,977 kes kumulatif);
  • Kes import : 19 kes (6 warganegara, 13 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,129 kes [1,791 warganegara (84.1%); 338 bukan warganegara (15.9%)];
  • Kes aktif : 17,575 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 212 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 82 kes;dan
  • Kes kematian : 10 kes (1,363 kes kumulatif, 0.37%; 9 warganegara, 1 bukan warganegara).


PUTRAJAYA 15 April – Jumlah kes baharu Covid-19 dalam negara kekal empat angka tetapi kembali mencecah lebih 2,000 apabila merekodkan 2,148 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 367,977.

Ini bermakna sepanjang dua minggu ini keadaan masih belum stabil apabila angka harian yang direkodkan menunjukkan trend peningkatan.

Berdasarkan catatan yang lepas, angka hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh dua minggu ini, selepas 1,854 kes pada 9 April dan 1,767 pada 13 April.

Berdasarkan perangkaan yang lepas juga, sepanjang tempoh dua minggu ini, semua catatan menunjukkan empat angka bermula 1,178 pada 1 April.

Sebanyak 57 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (45 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (12 kes).

Sementara itu sebanyak 1,259 kes telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 349,039 pesakit pulih.

Terdapat 10 kes kematian yang melibatkan masing-masing tiga di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua  di Sarawak, dan masing-masing satu  di Johor dan Sabah. Sebanyak sembilan kes melibatkan warganegara dan satu bukan warganegara.

 

 

Related posts

Leave a Comment