SUBANG 16 Ogos – Malaysia adalah antara negara terawal dari Asia yang menawarkan bantuan merawat penduduk Semenanjung Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel, kata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali. Justeru, beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas inisiatif itu. “Tidak terkira ucapan terima kasih yang ingin saya sampaikan kepada Malaysia, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” katanya dalam sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang ini. Beliau berkata, rakyat Palestin yang ditawarkan untuk menjalani rawatan di negara ini pastinya akan…
Read MoreDay: August 16, 2024
Laporan nahas pesawat di Bandar Elmina
PUTRAJAYA 16 Ogos – Laporan akhir mengenai nahas Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos 2023 mendedahkan faktor nahas disebabkan tindakan peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’ oleh kru penerbangan ketika melakukan pemeriksaan sebelum mendarat. Di samping itu, laporan siasatan juga mendapati latihan kru yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran tentang operasi sistem ‘lift dump’ turut menjadi faktor penyumbang ke atas nahas yang mengorbankan 10 orang. Menurut laporan setebal 148 muka surat itu, juruterbang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang risiko…
Read MoreMaro: Gaji
Gaji dapat banyak Kaunter pun mesti buka banyak. Aminn
Read MoreAnak Thaksin PM Thailand ke-31
BANGKOK 16 Ogos – Paetongtarn Shinawatra, 37 menuruti jejak ayahnya Thaksin Shinawatra dan ibu saudaranya Yingluck Shinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu bagi menggantikan Srettha Thavisin. Perdana Menteri Thailand ke-31 itu muncul wanita kedua dan pemimpin termuda dalam sejarah kerajaan Raja Berperlembagaan Thailand sebagai Perdana Menteri. Mahkamah Perlembagaan sebelum ini memecat Srettha kerana didapati bersalah melantik Pichit Chuenban, bekas peguam dikaitkan dengan keluarga Thaksin yang mempunyai sabitan jenayah, sebagai menteri Kabinet. Untuk rekod, Thaksin mengetuai kerajaan Thailand pada 2001-2006 manakala adiknya Yingluck mulai 2011 hingga 2014. Parti Pheu Thai…
Read MorePelarasan gaji diberi bersama tanggungjawab
PUTRAJAYA 16 Ogos – Pelarasan gaji baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim diberikan bersama dengan tanggungjawab kepada penjawat awam, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar. Beliau berkata penjawat awam perlu memenuhi jangkaan orang ramai dengan memberikan perkhidmatan terbaik. “Ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan tertinggi kepada penjawat awam, tetapi penghormatan itu ia datang dengan pengorbanan penjawat awam. Penjawat awam perlu memenuhi jangkaan orang ramai, tiada laluan mudah, semuanya berdasarkan prestasi,” katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa…
Read MoreMesej jelas kepada syarikat swasta
PUTRAJAYA 16 Ogos – Kenaikan gaji penjawat awam adalah mesej jelas kepada sektor swasta bahawa tiada lagi alasan memberikan gaji rendah kepada pekerjanya walaupun menerima keuntungan tinggi. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta diharapkan meneliti semula kenaikan gaji yang lebih munasabah supaya tekanan kepada rakyat dan golongan pekerja itu dapat dikurangkan. “Terutamanya syarikat yang mencatatkan keuntungan yang besar. Dengan itu tiada sebab mengapa gaji kurang daripada RM2,000,” katanya selepas menyampaikan Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari…
Read MoreSSPA ganti SSM mulai 1 Disember
PUTRAJAYA 16 Ogos – Berkuat kuasa 1 Disember ini, kerajaan bersetuju Skim Saraan Malaysia (SSM) digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam. “Walaupun gesaan saya mesti capai kemajuan tapi tahap pengorbanan (penjawat awam) ini luar biasa. Bukan sahaja dalam menghadapi ancaman komunis dahulu, menangani Covid-19, jangan lupa petugas barisan hadapan itu adalah penjawat awam, jadi kerajaan setuju supaya SSM digantikan dengan SSPA,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam…
Read MoreKu Li gesa pengundi keluar mengundi
GUA MUSANG 16 Ogos – Tengku Razaleigh Hamzah menggesa pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri untuk keluar dan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) esok. “Keluarlah mengundi tidak kira calon mana yang ingin dipilih, undi ini yang akan menentukan perubahan yang mereka mahukan,” katanya ketika ditemui selepas Program Perasu Berselawat di Perkarangan Pejabat Felda Perasu di sini malam tadi. Turut hadir Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim. Ku Li yang juga Pengarah PRK DUN…
Read MoreBerita pilihan…
38 cabar Presiden Sri Lanka September
COLOMBO: Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan, sebanyak 38 calon akan mencabar keduduan Ranil Wickremesinghe sebagai Presiden Sri Lanka bulan depan selepas pencalonan ditutup, semalam. Ini kali pertama Wickremesinghe, 75 dicabar selepas mengambil alih pemerintahan, setelah penyandang, Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan pada 2022 susulan tunjuk perasaan berbulan-bulan oleh rakyat yang berang dengan krisis ekonomi. Wickremesinghe dijangka menghadapi saingan sengit daripada pemimpin pembangkang, Sajith Premadasa, 57, dan pemimpin berhaluan kiri, Anura Kumara Dissanayaka, 55. Antara calon akan turut bertanding pada pilihan raya itu ialah Namal Rajapaksa, 38, iaitu anak lelaki kepada bekas Presiden…
Read More