PUTRAJAYA 13 Ogos – Kadar kelahiran bayi lelaki melebihi perempuan dengan 51,759 berbanding 48,973 kelahiran dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan, bagi tempoh suku tahun kedua 2024. Menurut Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin, Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 (19.2 peratus) manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan (324 atau 0.3 peratus). Bagaimanapun Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan jumlah kelahiran hidup menunjukkan penurunan sebanyak 10.2 peratus (100,732 kelahiran) berbanding 112,197 kelahiran pada suku tahun kedua 2023. “Secara purata…
Read MoreDay: August 13, 2024
Amirudin lebih selesa pimpin Selangor
SHAH ALAM 13 Ogos – Menteri Besar, Amirudin Shari lebih selesa menerajui Selangor berbanding dilantik sebagai menteri pada peringkat Pusat bagi meneruskan kelangsungan Rancangan Selangor Pertama (RS-1). “Untuk kelangsungan perancangan kita (Selangor) ini, saya ‘prefer’ (lebih selesa) untuk terus ‘stay’ (kekal) sebab saya nak pastikan semua Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dapat disampaikan kepada rakyat, apa yang kita janji dapat dilaksanakan,” katanya. Bagaimanapun, katanya, sebagai ahli yang patuh, beliau akan akur dengan apa yang dipertanggungjawabkan pucuk pimpinan parti pada masa depan Katanya, setakat ini beliau tidak mendengar apa-apa berita mengatakan dirinya…
Read MoreBN wakili Kerajaan Perpaduan di Mahkota
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diwakili Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi BN, berkata pihaknya akan bersiap siaga untuk menghadapi PRK itu yang dijadualkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September depan. Katanya, oleh kerana kerusi terbabit diperuntukkan kepada BN, parti itu akan mengadakan perbincangan Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan membawa keputusan ke dalam mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan.…
Read MorePRK DUN Mahkota 28 September
PUTRAJAYA 13 Ogos – Hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang melibatkan kos RM2.4 juta ditetapkan pada 28 September ini manakala penamaan calon pada 14 September. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari pengundian awal pula adalah pada 14 September dan urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar dan dalam negara akan dibuka mulai hari ini Bercakap pada sidang media, di sini, hari ini, Ramlan berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula dari tarikh pengisytiharan calon yang bertanding…
Read MoreBerita pilihan…
Taman Kusuma Bangsa peringati pahlawan
NUSANTARA 13 Ogos – Pembangunan Ibu Kota Nusantara (IKN), ibu kota baharu Indonesia tidak melupakan jasa pahlawan dan pejuang bangsa republik itu apabila Taman Kusuma Bangsa turut dibina sebagai tanda penghomatan. Presiden Joko Widodo ketika merasmikan taman itu petang semalam menekankan pentingnya memberikan penghormatan kepada para pahlawan dan pejuang bangsa, terutama Bung Karno dan Bung Hatta. “Dengan mengucap bismillahirrahmanirrahim, pada sore hari ini saya resmikan Taman Kusuma Bangsa di Ibu Kota Nusantara,” kata Jokowi. Taman tersebut dirancang sebagai tempat penghormatan bagi para pahlawan Indonesia terutama pada setiap 17 Ogos ,…
Read MoreIKN terima pelaburan AS$3.5 bilion
JAKARTA 13 Ogos – Ibu Kota Nusantara (IKN), ibu kota baharu Indonesia telah menerima pelaburan sebanyak 56.2 trilion rupiah (kira-kira AS$3.5 bilion). Presiden Joko Widodo mengumumkan perkara itu ketika Mesyuarat Kabinet pertama yang diadakan di Nusantara. Beliau berkata, angka itu tidak termasuk belanjawan negara yang digunakan untuk membina bangunan kerajaan dan kemudahan awam lain. Sebanyak 55 pelabur telah memulakan pembinaan premis perniagaan dalam sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan, runcit, tenaga, perhotelan, logistik, dan perumahan. Seorang daripada pelabur berkenaan ialah Prabowo Subianto, seorang ahli perniagaan dan presiden terpilih yang dijangka mula…
Read More