JAKARTA 13 Ogos – Ibu Kota Nusantara (IKN), ibu kota baharu Indonesia telah menerima pelaburan sebanyak 56.2 trilion rupiah (kira-kira AS$3.5 bilion).
Presiden Joko Widodo mengumumkan perkara itu ketika Mesyuarat Kabinet pertama yang diadakan di Nusantara.
Beliau berkata, angka itu tidak termasuk belanjawan negara yang digunakan untuk membina bangunan kerajaan dan kemudahan awam lain.
Sebanyak 55 pelabur telah memulakan pembinaan premis perniagaan dalam sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan, runcit, tenaga, perhotelan, logistik, dan perumahan.
Seorang daripada pelabur berkenaan ialah Prabowo Subianto, seorang ahli perniagaan dan presiden terpilih yang dijangka mula memegang jawatan pada Oktober.
Sementara itu, Jokowi dalam hantaran Facebooknya semalam memaklumkan telah melakukan peletakan batu asas untuk pembangunan Bank Central Asia (BCA) IKN.
Menurut Jokowi, pelaburan itu menunjukkan kepercayaan BCA bahwa IKN merupakan pelaburan yang berpotensi dan mengajak pelabur di dalam negara untuk turut serta membangunkan IKN.
Katanya, penerintah memberi komitmen untuk mempercepat pembangunan infrastruktur di sekitar kawsan IKN, supaya perhubungan menjadi lebih mudah dan cepat.
Beliau juga optimis IKN akan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang menarik bagi pelabur domestik dan antarabangsa.
Nnnn
Foto: FB Jokowi (Muchlis Jr – Biro Pers Sekretariat Presiden)
