Tesla tidak pernah cadang buka kilang

PUTRAJAYA 8 Ogos – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di negara ini. Katanya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ada mengadakan perbincangan dengan pengasas Tesla, Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi bukan melibatkan pembukaan kilang. Menerusi hantaran di platform X (Twitter), beliau juga berkata, laporan media asing berkaitan perkara itu (berkaitan kilang) bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber. Beliau mengulas laporan sebuah portal berita dalam talian Thailand, yang memetik sumber enggan dikenali dalam…

Read More

10,423 laman sesawang disekat sejak 2022

PUTRAJAYA 8 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyekat sebanyak 10,423 laman sesawang susulan pelanggaran undang-undang dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 1 Ogos lalu. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan 95.7 peratus laman sesawang yang disekat tergolong dalam lima kategori utama. Kategori itu adalah perjudian dalam talian (4,484), pornografi (3,271), pelanggaran hak cipta dalam talian (1, 654), scam atau pelaburan haram dalam talian (316) dan pelacuran dalam talian (249). Dalam tempoh lima tahun, menurut MCMC jumlah sekatan laman sesawang yang mempunyai kandungan kemudaratan dalam talian tertinggi…

Read More

Sindiket tumpas, dadah RM3.44 juta dirampas

JOHOR BAHRU 8 Ogos –  Dua ahli sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah bernilai RM3.44 juta dirampas dalam empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Tangkak pada 3 Ogos hingga semalam. Polis Johor menumpaskan sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah, dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.44 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Tangkak pada 3 Ogos hingga semalam. Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, operasi khas itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)…

Read More

Mahkota: Hormati semangat perpaduan

PUTRAJAYA 8 Ogos – Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta menghormati semangat perpaduan dengan tidak membuat tuntutan ke atas mana-mana kerusi sebelum ia diputuskan oleh kepemimpinan Pusat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semangat itu perlu diterjemahkan dalam menghadapi mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK). “Saya fikir kita mesti menterjemahkan semangat Kerajaan Perpaduan, bukan tuntut itu dan ini. “Sila hormat… kalau kerusi itu kepunyaan sesebuah parti, jadi formulanya kerusi itu akan diberikan kepada parti berkenaanlah,” katanya kepada media selepas merasmikan National Symposium of Rural…

Read More

29 ekor ular sawa dalam longkang

SHAH ALAM 8 Ogos – Sebanyak 28 ekor anak ular sawa dan seekor induk ditangkap dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20 dekat Shah Alam, malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.56 malam. Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba, didapati 28 anak ular sawa yang dipercayai baru menetas serta seekor induk berada dalam saliran longkang…

Read More

Lembah Klang perlu lebih banyak bas

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Lebih banyak bas diperlukan di Lembah Klang bagi menyokong rangkaian rel atau pengangkutan awam sedia ada, sebelum penyelarasan subsidi petrol RON95 dilaksanakan oleh kerajaan. Menurut Jaringan Demokrasi Sosial Malaysia (SOCDEM), berdasarkan kajian pihaknya, rangkaian bas di negara ini terutama di Lembah Klang masih tidak mencukupi. SOCDEM menjelaskan, negara hanya mempunyai sekitar 700 bas berbanding Singapura yang kira-kira satu pertiga daripada Lembah Klang mempunyai 5,800 bas dan London 8,643 bas dengan saiz populasinya hampir sama dengan Lembah Klang. “Jelas bahawa memperluaskan sistem bas kita untuk melengkapkan…

Read More

Tubuh kumpulan individu terkemuka

PUTRAJAYA 8 Ogos – Malaysia mencadangkan supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menubuhkan kumpulan individu terkemuka susulan ketetapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pendudukan Israel. Menteri Luar, Mohamad Hasan berkata penubuhan kumpulan itu bertujuan menilai dan mengenal pasti langkah tepat untuk melaksanakan pandangan iaitu dalam konteks bidang kuasa sejagat dan untuk memastikan keseragaman dalam pemakaian undang-undang antarabangsa. “Selain itu, OIC mesti secara kolektif mendesak agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghidupkan semula Jawatankuasa Khas Menentang Aparteid untuk menghentikan pendudukan haram Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT) dan dasar apartheid terhadap rakyat…

Read More

OIC salahkan Israel serangan di Tehran

JEDDAH: Mesyuarat luar biasa blok 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyalahkan Israel atas serangan yang membunuh Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh minggu lalu di Iran. Dalam kenyataan selepas mesyuarat itu di Arab Saudi, OIC berpendapat,  Israel, kuasa penjajah yang tidak sah itu bertanggungjawab sepenuhnya atas serangan kejam” yang turut disifatkan sebagai “pelanggaran serius” kedaulatan Iran. Menteri Luar Gambia, Mamadou Tangara, yang negaranya mempengerusikan OIC berkata, pembunuhan “kejam” Ismail dan perang berterusan di Gaza juga boleh membawa kepada konflik serantau yang lebih luas. “Pencerobohan dan pencabulan kedaulatan dan…

Read More

Tesla batal hasrat buka kilang di Asia?

BANGKOK – Tesla dilapor membatalkan rancangan untuk membangunkan kilang pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Thailand, Malaysia dan Indonesia dan akan memberi tumpuan semata-mata kepada stesen pengecasan pantas. Menurut laporan The Nation yang memetik sumber di Government House, Thailand, keputusan itu susulan pemberhentian pasukan eksekutif Tesla yang melawat Thailand pada November-Disember Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia. Menurut sumber itu, Tesla tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia, atau di mana-mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman.…

Read More