GUA MUSANG 3 Ogos – Menjaga kebajikan masyarakat menjadi tekad calon Pas bagi Mohd Rizwadi Ismail sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini.
“Insya-Allah saya akan menumpukan program kebajikan serta apa sahaja yang berkaitan kebajikan rakyat di DUN Nenggiri sekiranya dipilih pada PRK nanti,” katanya pada sidang media di Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang, di sini.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pakatan Nasional (PN), Ahmad Faizal Azumu, berkata beliau berterima kasih kepada penyokong yang sanggup datang dan mengiringi calon ke Pusat Penanam Calon di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang (MDGM)
“Kita diiringi begitu ramai penyokong parti dan berharap dapat bekerja dengan kuat untuk bertemu dengan seberapa ramai pengundi di DUN Nenggiri.
Kita menawarkan perkara yang kita boleh bawa setelah (Insya-Allah) memenangi kerusi ini nanti dan berharap pengundi akan memberi sokongan padu kepada calon PN yang akan bertanding menggunakan logo daripada parti Pas.
“Pas adalah Bersatu, Bersatu adalah Pas dan kami adalah PN,” katanya.
Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Nenggiri, Nik Raisnan Daud mengumumkan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi dan juga calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.
PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumumkan Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, 19 Jun lalu, selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim, digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Nnn
