Hampir 50 peratus penjawat awam obes

PUTRAJAYA 3 Ogos – : Hampir 50 peratus penjawat awam khususnya di Putrajaya mengalami masalah berat badan berlebihan, kata Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali. Justeru, beliau menggalakkan penjawat awam berkenaan menjalankan pelbagai aktiviti sihat sebagai usaha memperoleh tahap kesihatan yang lebih baik. “Saya dimaklumkan bahawa 50 peratus obes dalam kalangan penjawat awam khususnya di Putrajaya. Jadi, adalah penting untuk mereka ini terbabit dalam aktiviti sihat termasuk acara larian seperti hari ini yang amat kita galakkan,” katanya. Beliau sebelum itu menyertai program Car Free Day (CFD), hari ini yang dirasmikan…

Read More

Azmawi mahu lakukan yang terbaik

GUA MUSANG 3 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan melakukan yang terbaik untuk masyarakat di kawasan itu. Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu meminta pengundi di kawasan itu memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat. “Kepada semua pengundi Nenggiri, jika saya diberi peluang jadi wakil rakyat, saya akan lakukan yang terbaik. “Saya akan bekerja keras untuk memenangi hati pengundi di kawasan ini,” katanya pada sidang media di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Nenggiri di…

Read More

Rizwadi mahu jaga kebajikan rakyat

GUA MUSANG 3 Ogos – Menjaga kebajikan masyarakat menjadi tekad calon Pas bagi Mohd Rizwadi Ismail sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini. “Insya-Allah saya akan menumpukan program kebajikan serta apa sahaja yang berkaitan kebajikan rakyat di DUN Nenggiri sekiranya dipilih pada PRK nanti,” katanya pada sidang media di Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang, di sini. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pakatan Nasional (PN), Ahmad Faizal Azumu, berkata beliau berterima kasih kepada penyokong yang sanggup datang dan mengiringi calon ke…

Read More

Satu lawan satu PRK DUN Nenggiri

GUA MUSANG 3 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Mohd Rizwadi Ismail mewakili Pas. Mohd Azmawi Fikri, 38 adalah Ketua Pemuda UMNO Kelantan manakala  Mohd Rizwadi, 41 bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang. Mereka diumumkan layak bertanding pada 17 Ogos ini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud, selepas proses penamaan calon selesai 10…

Read More