GUA MUSANG 3 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan melakukan yang terbaik untuk masyarakat di kawasan itu.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu meminta pengundi di kawasan itu memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat.
“Kepada semua pengundi Nenggiri, jika saya diberi peluang jadi wakil rakyat, saya akan lakukan yang terbaik.
“Saya akan bekerja keras untuk memenangi hati pengundi di kawasan ini,” katanya pada sidang media di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Nenggiri di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani, Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Pilihan Raya BN PRK Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah.
