NEW YORK: Wakil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) China memulakan ucapan dalam mesyuarat tergempar majlis itu pada Rabu mengenai pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Duta Besarnya, Fu Cong berkata, China dengan tegas menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu.
Pada masa yang sama, China juga, amat bimbang dan prihatin dengan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan selain dengan pelbagai kemungkinan yang akan tercetus.
Bahkan, kata Fu Cong, pendekatan ketenteraan yang ditawarkan dalam usaha merungkai kemelut di rantau itu tidak menawarkan “sebarang penyelesaian” dan “hanya akan membawa kepada krisis yang lebih besar.”
Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu atas permintaan Iran dan disokong oleh Rusia, Algeria dan China susulan pembunuhan Ismail yang juga Ketua Biro Politik Hamas.
Rusia, yang kini memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan berkata, mesyuarat itu berlangsung pada pukul 4 petang waktu tempatan.
Nnn