Pengebumian Haniyeh di Doha

TEHRAN: Iran mengadakan upacara perarakan untuk ketua politik Hamas Ismail Haniyeh, yang syahid semalam sebelum pengebumiannya di Doha, Qatar. Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, memimpin doa untuk Haniyeh, selepas mengeluarkan amaran akan melaksanakan ‘hukuman keras’ terhadap pembunuhannya. Di pusat bandar ibu negara, orang ramai yang berkabung membawa sepanduk memaparkan gambar Haniyeh dan bendera Palestin berkumpul di Universiti Tehran pada pagi Khamis, Kematian Haniyeh diumumkan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) semalam, yang memberitahu Ismail dan seorang pengawal peribadinya terbunuh dalam satu serangan udara di tempat penginapan di ibu negara Iran pada…

Read More

Tindakan Meta biadab, hina rakyat Palestin

PUTRAJAYA 1 Ogos –  Tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan ucapan takziah dan kritikan atas pembunuhan pemimpin Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh, daripada platform media sosial syarikat konglomerat itu adalah biadab serta menghina perjuangan rakyat Palestin. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, tindakan berkenaan adalah tidak masuk akal apabila menganggap hantaran untuk menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah air sendiri daripada kezaliman, sebagai berbahaya. “Meta sekali lagi bertindak biadab dan menghina perjuangan rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Almarhum Ismail Haniyeh. “Tidak masuk akal…

Read More

China kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

NEW YORK: Wakil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) China memulakan ucapan dalam mesyuarat tergempar majlis itu pada Rabu mengenai pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh. Duta Besarnya, Fu Cong berkata, China dengan tegas menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu. Pada masa yang sama, China juga, amat bimbang dan prihatin dengan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan selain dengan pelbagai kemungkinan yang akan tercetus. Bahkan, kata Fu Cong, pendekatan ketenteraan yang ditawarkan dalam usaha merungkai kemelut di rantau itu tidak menawarkan “sebarang penyelesaian” dan “hanya akan membawa kepada krisis yang lebih…

Read More

AS teruskan usaha gencatan senjata

MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) akan berusaha untuk mendapatkan gencatan senjata di Semenanjung Gaza walaupun selepas kematian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken . Bercakap pada satu sidang akhbar, Blinken berkata tiada apa yang boleh mengurangkan kepentingan untuk mencapai gencatan senjata. “Saya tidak akan membuat spekulasi mengenai kesan yang mungkin berlaku, saya telah belajar selama bertahun-tahun untuk tidak membuat spekulasi kerana kita memang tidak tahu. “Apa yang saya tahu adalah keperluan mendesak untuk mendapatkan gencatan senjata, dan apa yang saya tahu ialah kami akan terus…

Read More