KUALA LUMPUR 13 Julai – Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu bersedia berundur daripada jawatan No.2 parti itu untuk memberi ruang kepada penyandang jawatan Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau diberi mandat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk berunding dengan barisan pimpinan parti agar tidak berlaku perpecahan akibat pemilihan, Oktober depan. “Bermula dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal yang bersedia untuk berundur dan menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden. Beliau bersedia untuk beri ruang kepada Hamzah sebagai Timbalan Presiden,” katanya. Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan…
Read MoreDay: July 13, 2024
Tiada jaminan bergabung pada PRU16
KOTA TINGGI 13 Julai – Timbalan Presiden UMNO , Mohamad Hasan berkata, tiada jaminan UMNO akan bersama dengan mana-mana gabungan politik untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Beliau berkata, setakat ini UMNO tidak terikat dengan sebarang parti lain untuk bergabung pada PRU16 sebaliknya hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bagi menguruskan negara. “Kita hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bagi menguruskan negara sebab kita perlukan kerajaan yang kuat dan mantap,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Sri Sayong, FELDA…
Read MoreKaji semula hubungan UMNO – PH
KOTA TINGGI 13 Julai – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara meluluskan tiga usul secara sebulat suara, termasuk menggesa jawatan presiden dan timbalan presiden parti dipertandingkan pada pemilihan yang dijadualkan dua tahun lagi. Ketuanya, Dr Adham Baba, berkata UMNO Tenggara juga meminta pucuk pimpinan mengkaji semula hubungan dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan kini. “Parti juga perlu menunaikan janji untuk membebaskan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan. Banyak jasanya kepada negara,” katanya berucap pada mesyuarat berkenaan. Persidangan di Felda Sayong, dekat sini, dirasmikan Timbalan…
Read MoreReferendum pengundi di kawasan ‘lompat parti’
KOTA TINGGI 13 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan bersetuju akta antilompat parti dikaji semula atau dipinda supaya dapat diperkasakan seterusnya menoktahkan tindakan wakil rakyat mengalih sokongan kepada parti lain atau pemimpin lawan. Katanya, akta berkenaan wajar diperbetulkan supaya tindakan tegas dapat dikenakan termasuk mengosongkan kerusi wakil rakyat yang secara jelas menunjukkan tidak lagi sehaluan dengan parti mereka. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, undang-undang ketat diperlukan agar isu lompat parti tidak lagi membelenggu politik Malaysia, Justeru, Mohamad mengesyorkan satu peruntukan dipertimbangkan, iaitu mengumpul suara rakyat…
Read MoreUMNO tidak takut hadapi PRK
KUALA NERUS 13 Julai – UMNO bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) jika ia melibatkan enam kawasan Parlimen yang sebelum ini diwakili Bersatu, kata Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Justeru, beliau menyangkal dakwaan Bersatu yang menyatakan Kerajaan Perpaduan takut berdepan kekalahan, susulan keputusan tidak mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen yang menyokong kepemimpinan Anwar Ibrahim. Katanya, tiada istilah takut menghadapi kekalahan dalam politik dan parti itu sedia bertanding sekiranya berlaku PRK bagi enam Parlimen berkenaan. “Bukan kerana itu (takut kalah), kita rasa keenam-enam kerusi ini dulu adalah kerusi UMNO dan kalau…
Read MoreBerita pilihan…
Generasi kanak-kanak bakal hilang?
RAMALLAH: Semenanjung Gaza kini di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak, akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lalu, demikian amaran Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma, berkata dalam satu hantaran di X, lebih 600,000 kanak-kanak di Gaza tidak dapat bersekolah sejak perang Israel bermula pada Oktober. Beliau merujuk kepada penutupan sebilangan besar sekolah dan sekolah-sekolah UNRWA menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang hilang tempat tinggal. “Ini bermakna jika perang ini berterusan, kita akan…
Read MoreSuhu panas melampau di AS
NEW YORK: Suhu panas melampau melanda sebahagian besar Amerika Syarikat pada musim panas ini, dengan banyak tempat di California, Nevada, Arizona dan Utah berada di bawah amaran panas melampau. Menurut data rasmi dan laporan media, pada Khamis, lebih 60 juta rakyat Amerika berada di bawah amaran panas daripada Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. Suhu pada musim panas ini kadangkala berada di antara 10 hingga 30 darjah di atas purata suhu di negeri-negeri Barat. Di bilik kecemasan negara, petugas perubatan berhadapan dengan pesakit terjejas oleh kepanasan, suhu badan mereka yang melonjak sehingga boleh…
Read More