SHAH ALAM 11 Julai – Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San, memutuskan kerusi DUN Selat Klang tidak perlu dikosongkan adalah bersifat kepartian, bukannya bersandarkan kepada Perlembagaan dan undang-undang. Ketua Pembangkang DUN Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menyatakan rasa kecewa dan kesal juga menyifatkan keputusan itu seperti yang dijangkakan pihaknya “Saya dan ADUN-ADUN PN Selangor amat kecewa dan kesal dengan keputusan yang dibuat Speaker yang tidak merujuk kepada Perlembagaan dan undang-undang. “Kami tidak dibenarkan sebarang pertanyaan ataupun perbahasan, ini satu sikap yang tidak profesional. Beliau (Speaker) tangguhkan…
Read MoreDay: July 11, 2024
Ahli Parlimen PN pakai lilitan putih
KUALA LUMPUR 11 Julai – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan memakai lilitan putih di lengan pada sidang Dewan Rakyat minggu depan sebagai protes terhadap keputusan Speaker Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam bekas wakil rakyat Bersatu. Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya sangat kecewa dan berduka dengan keputusan dibuat Johari dan menyifatkan keputusan tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi terbabit sebagai black decision. “Kami mulai minggu depan, semua Ahli Parlimen PN akan pakai lilitan putih di lengan sebagai tanda protes, kecewa dan dukacita. Ini adalah ‘black decision’ yang boleh menjahanamkan…
Read MoreTiada kekosongan DUN Selat Klang
SHAH ALAM 11 Julai – Tiada kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang yang disandang Abdul Rashid Asari, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San. Menurutnya, pemberhentian keahlian ADUN Selat Kelang dalam Bersatu didapati sebagai satu pemecatan terancang (constructive expulsion) di bawah operasi Perkara LXVA 2(c) Perlembagaan Negeri Selangor. “Notis dan bukti dari Yang Berhormat Hulu Kelang (Mohamed Azmin Ali) tidak memenuhi beban pembuktian yang diperlukan untuk membuktikan yang sebaliknya Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa kerusi DUN Selat Klang tidak dikosongkan,” katanya pada sidang…
Read MoreSelepas ‘dikritik, ditekan’ Johari kekal keputusan
KUALA LUMPUR 11 Julai – Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul kekal mempertahankan keputusannya tidak mengosongkan kerusi disandang enam bekas wakil rakyat Bersatu walaupun mendapat kritikan dan tekanan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) petang ini. Johari ketika menjelaskan ketetapannya di Dewan Rakyat berkata, keputusan dikekalkan selepas melakukan ‘siasatan’ termasuk membaca semua kenyataan berkaitan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. “Saya bukan posmen, bila saya terima apa juga yang telah diberi pada saya, seperti disebut (YB) Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee), saya akan pasti… saya pasti… saya kaji semua, saya baca semua kenyataan-kenyataan dalam…
Read MoreTidak wajar sempitkan takrif Ahlus Sunnah Wal Jamaah
ARAU 11 Julai – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bertitah adalah tidak wajar berlakunya tindakan menyempitkan takrif Ahlus Sunnah Wal Jamaah di negara ini kerana tindakan seumpama itu tidak bersifat inklusif, bahkan membawa kepada elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini. Titah baginda, sesuatu undang-undang yang ingin digubal hendaklah dipertimbang sewajarnya, terutama mengenai kesan dan akibat apabila sesuatu perkara itu diluluskan oleh Parlimen yang juga badan penggubalan undang-undang yang kompeten di negara ini. “Adalah dimaklumkan bahawa beta mengikuti dengan rapat dan menimbangkan dengan penuh berhati-hati akan…
Read MoreBERSIH dakwa Johari Abdul terkhilaf
KUALA LUMPUR 11 Julai – Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul terkhilaf memahami mekanisme, prinsip dan hasrat akta antilompat parti apabila mengekalkan kerusi disandang enam bekas Ahli Parlimen Bersatu. Justeru, situasi ini akan menimbulkan polemik mengenai keberkesanan akta ini terhadap matlamat asal demi menjamin kestabilan politik negara. Dalam satu kenyataan hari ini, BERSIH mendakwa Johari mensia-siakan peluang untuk menguatkuasa dan memperkasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) berkait larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, yang buat kali pertama diuji…
Read More“Bahagian mana saya tak baca?”
KUALA LUMPUR 11 Julai – “Saya faham betul peruntukan perlembagaan ini. Yang tak faham ialah Anwar,” begitu reaksi Muhyiddin Yassin terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status enam bekas wakil rakyat Bersatu. Presiden Bersatu itu juga bertanya Perdana Menteri bahagian mana yang beliau didakwa tidak baca berhubung perlembagaan itu. “Anwar kata saya baca sebahagian saja daripada Perlembagaan. Saya nak tanya Anwar bahagian mana yang saya tak baca tu? “Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan mana-mana Ahli Parlimen yang terhenti menjadi ahli partinya maka kerusinya di Dewan Rakyat hendaklah dikosongkan,”…
Read MoreEnam kekal Bebas, tidak sertai parti politik
KUALA LUMPUR 11 Julai – Enam bekas Ahli Parlimen Bersatu akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas selepas Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul memutuskan kerusi mereka tidak perlu dikosongkan. Dr Suhaili Abdul Rahman (Bebas-Labuan) yang mengetuai sidang media hari ini bagi menjelaskan kedudukan mereka berenam turut menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain selepas ini. “Perkara 49A jelas bahawa kami tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana ia akan melanggar perkara 49A. “Apa yang kami perjuangkan sehingga menyebabkan kami menjadi Ahli Parlimen bebas adalah soal peruntukan Ahli Parlimen untuk kami…
Read MorePM pertahan ketetapan Speaker
KUALA LUMPUR 11 Julai – Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu bersandarkan tafsiran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung akta anti lompat parti Perdana Menteri berkata, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, perlu membaca tafsiran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung akta anti lompat secara keseluruhan, dan bukan diambil sebahagiannya sahaja. Katanya, ketetapan Johari itu adalah berlandaskan undang-undang yang memberi kuasa kepada Speaker memutuskan perkara demikian. “Kalau tafsiran undang-undang kena baca seluruhnya, jangan pilih satu dan tinggal yang lain seperti mana dilakukan…
Read MoreTafsir ikut cita rasa, Akta Lompat Parti boleh ‘ditalkinkan’
KUALA LUMPUR 11 Julai – Keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang sudah dijangka. Naib Presiden Putra Nasir Abdullah berkata, keputusan itu jelas telah mencampuri urusan dalaman Parti Bersatu atau mungkin sengaja mengelak daripada berlaku pilihan raya yang akan mengundang padah dan malu kepada Kerajaan Perpaduan. Dalam kenyataannya, beliau berkata Speaker secara terang-terangan membuat tafsiran yang sebenarnya dilihat sebagai memperbodohkan kepandaian dan jawatan beliau sendiri. Katanya, signal atau isyarat yang dihantar oleh rakyat…
Read More