MELAKA 7 Julai – Isu perkauman dan sentimen keagamaan yang dimainkan pembangkang pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, antara faktor kekalahan calon Pakatan Harapan (PH). Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata isu kononnya Islam dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan berjaya mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO menerima keputusan pengundi itu dengan hati terbuka dan akan memperbaiki setiap kelemahan untuk menghadapi PRK DUN Nenggiri tidak lama lagi. Katanya , isu yang dibangkitkan oleh pembangkang bukan saja…
Read MoreDay: July 7, 2024
Penerbangan pertama umrah Andalusia bersama Saudia
SEPANG 7 Julai – Selepas berakhir musim haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia Travel) hari ini memulakan penerbangan kumpulan pertama jemaah umrah bagi musim 1446 Hijrah. Penerbangan sulung syarikat pengendali pakej haji dan umrah itu melibatkan 27 jemaah yang menggunakan penerbangan Saudia Airlines (Saudia) terus ke Jeddah. Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md Daud Che Ngah berkata, ini merupakan kumpulan jemaah pertama yang menggunakan penerbangan Saudia Airlines selepas Andalusia dan Saudia memeterai memorandum persefahaman (Mou) April lepas. Melalui MoU itu, Saudia menyediakan 70,000 tempat atau tiket penerbangannya kepada Andalusia Travel…
Read MoreKekalahan PRK perlu kajian
SEREMBAN 7 Julai – “Sakit berpunca mati bersebab, kita kena cari puncanya,” kata Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan susulan kekalahan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap semalam Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata kekalahan itu perlu kajian terutama dari segi jumlah majoriti undi yang lebih besar diperolehi calon Perikatan Nasional (PN) berbanding pada Pilihan Raya Negeri pada Ogos lalu. “Kekalahan calon Kerajaan Perpaduan perlu kita kaji mengapa majoritinya melebar, sakit berpunca mati bersebab, kita kena cari puncanya daripada majoriti 1,563 undi pada Pilihan…
Read MorePRK Sungai Bakap – dikuburkan, imej dan hadiah
KALI ini kita kuburkan mereka! Begitulah bersemangatnya Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir ketika berucap mewakili Barisan Nasional (BN) di pentas Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap. Beliau mengajak penyokong BN – UMNO, MCA, MIC dan Pakatan Harapan (PH) – PKR, DAP, Amanah yang hadir menguburkan Perikatan Nasional (PN) pada PRK itu. Presiden UMNO Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula pada hari-hari terakhir kempen mengulangi komitmen untuk bersama PH pada PRU-16, dan menegaskan kemenangan PH akan memberi imej yang baik terhadap kerjasama PH-BN. Beliau juga menyatakan jika…
Read MoreSokongan Melayu kepada PN masih utuh
KUALA LUMPUR – Sokongan pengundi Melayu terhadap gabungan Perikatan Nasional (PN) masih utuh seperti terbukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa kemenangan itu juga adalah referendum jelas bahawa rakyat menolak teraju kepemimpinan kerajaan Persekutuan yang tidak cakna isu rakyat. Katanya, kemenangan dikecapi PN di kerusi Sungai Bakap bukan semata-mata atas sokongan pengundi Melayu, bahkan bukan Melayu sekali gus menunjukkan PN memayungi semua kaum. “Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional di PRK DUN…
Read MoreTokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1446H
PUTRAJAYA 7 Julai – Bekas Mufti Pulau Pinang, Hassan Ahmad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M manakala Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Ali Muhyidddin Ali Al-Qaradaghi dari Qatar sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. Pengumuman itu dibuat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Hakimah Mohd Yusoff pada Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah itu berserta wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong,…
Read MoreJangan jadikan media sosial platform berbalah
PUTRAJAYA 7 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan. Seri Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama. “Jangan buka aib orang lain atau tularkan perkara-perkara yang memalukan, kerana ini semua akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan,” titah Sultan Ibrahim pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di sini. Turut berangkat pada majlis bertemakan…
Read MoreMengapa PKR kalah di Sungai Bakap
Oleh Hassan Abdul Karim Ada hikmahnya PKR yang mewakili PH kalah dalam dalam Pilihanraya Kecil Sungai Bakap. Ada kira-kira 3 tahun lagi sebelum PRU16 untuk PKR khususnya memperbaiki strategi dan naratifnya. Saya datang membantu kempen pada hari Khamis dan Jumaat minggu pertama kempen.Berceramah di sebuah Ceramah Umum di sebuah kampung di Sungai Buaya. Sambutan dingin.Kami berceramah di hadapan penyokong sendiri dari PH terutamanya anggota PKR.Hampir semuanya orang luar bukan penduduk tempatan.Bukan pengundi. Saya cuba menyokong calon PH dan menyokong Kerajaan Perpaduan dalam isu perlaksanaan subsidi diesel bersasar.Ceramah saya hambar.Saya…
Read MoreBerita pilihan….
Abang Abidin ikrar suara masalah rakyat
NIBONG TEBAL – Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini berikrar untuk terus memperjuangkan suara rakyat di kawasan itu. Calon Perikatan Nasional (PN) itu, berkata keutamaan beliau pada ketika ini ialah membantu menyelesaikan masalah air yang berlarutan sejak enam tahun lalu di Mukim Lima, Sungai Bakap. Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin menghormati isyarat yang dizahirkan pengundi kawasan itu, menerima kekalahannya secara berlapang dada. Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu, percaya…
Read More