Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1446H

PUTRAJAYA 7 Julai – Bekas Mufti Pulau Pinang, Hassan Ahmad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M manakala

Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Ali Muhyidddin Ali Al-Qaradaghi dari Qatar sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim),  Hakimah Mohd Yusoff pada Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah itu berserta wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dengan diiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Nai’im Mokhtar.

Pemilihan kedua-dua tokoh itu berdasarkan sumbangan besar mereka dalam pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam selain mendapat pengiktirafan serta diterima masyarakat dari dalam dan luar negara.

Kedua-dua tokoh itu juga memiliki pengetahuan dan pengalaman luas serta mempunyai sifat dan peribadi yang unggul untuk dicontohi.

Nnn

Related posts

Leave a Comment