PM perlu henti retorik, urus ekonomi dengan cermat

SEPANG 19 Jun – Muhyiddin Yassin mendakwa ada  sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam pengurusan ekonomi negara yang akan memberi impak negatif secara jangka panjang terhadap daya saing ekonomi Malaysia dan kemakmuran hidup rakyat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini susulan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia yang merudum ke tangga ke-34 pada tahun ini. “Data-data yang dibentangkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) dalam laporannya jelas menunjukkan bahawa Malaysia tidak berada pada landasan ekonomi yang betul,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau mendakwa, sejak Anwar Ibrahim mengambil…

Read More

SPR mesyuarat 28 Jun bincang PRK Nenggiri

PUTRAJAYA 19 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 28 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya berkenaan. Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat itu susulan kekosongan luar jangka kerusi N.43 Nenggiri. Katanya, SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan,  Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan luar jangka kerusi itu berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu. “Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh…

Read More

ECRL: Libatkan kontraktor Bumiputera

GOMBAK 19 Jun – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) diminta memberi jaminan penyertaan kontraktor tempatan serta Bumiputera dalam pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek bernilai lebih RM50 bilion itu juga perlu disempurnakan dengan pembabitan tenaga pekerja, perunding serta pembekal mencukupi daripada syarikat negara. “Kerajaan akan memberi kerjasama diperlukan oleh MRL dan CCCC dalam memastikan pelaksanaan dapat disempurnakan mengikut jadual. Saya menyatakan kepada CCCC dan MRL supaya menyegerakan pelaksanaan projek ini dan kerajaan akan…

Read More

Agong terima menghadap PM China

KUALA LUMPUR 19 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China Li Qiang di Istana Negara di sini. Ketibaan Li pada jam kira-kira pukul 3.30 petang turut diiringi Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing serta delegasi China. Turut hadir ialah Menteri Luar, Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Duta Besar Malaysia ke China Norman Muhamad. Li tiba di Malaysia semalam bagi memulakan lawatan rasmi hingga esok dan ia adalah kunjungan sulung…

Read More

Malaysia-China bertukar 14 MoU, MoA

PUTRAJAYA – Sebanyak 14 memorandum persefahaman, memorandum perjanjian (MoU/MoA), protokol dan kenyataan bersama membabitkan sembilan kementerian ditukar antara Malaysia dan China hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang menyaksikan pertukaran itu. Majlis itu adalah sempena lawatan rasmi tiga hari Li ke Malaysia, yang juga lawatan pertamanya ke negara ini sebagai Perdana Menteri, bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); Kementerian Kewangan; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Perumahan dan…

Read More

MH370 : Isyarat baharu dikesan

LONDON: Akhbar harian The Telegraph melaporkan penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang di Lautan Hindi sedekad lalu. Isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin di Australia Barat, satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat. Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air, atau hidrofon, yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat. Hidrofon ini, pada asalnya direka untuk mengesan ujian nuklear yang dilarang, mengambil…

Read More

Bukti pindaan perlembagaan teratur

KUALA LUMPUR 19 Jun – Bersatu mengucapkan terima kasih kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohd Ammar Nik Abdullah yang telah mengumumkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Nenggiri. Presidennya,  Muhyiddin Yassin berkata, kekosongan itu susulan notis yang dihantar Bersatu kepada Speaker DUN Kelantan berhubung terhentinya keahlian ADUN Nenggiri dari parti secara serta-merta kerana melanggar Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu. “Keputusan Speaker DUN Kelantan ini selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN yang wakil rakyatnya terhenti keahlian partinya secara serta-merta. Peruntukan…

Read More

Malaysia-China senada kukuh hubungan

PUTRAJAYA 19 Jun –  Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari China, Li Qiang mengetuai delegasi Kerajaan kedua-dua negara dalam mesyuarat bilateral selama lebih satu jam di Perdana Putra. Anwar melalui hantaran di Facebooknya berkata, dalam mesyuarat itu, beliau menzahirkan penghargaan atas kunjungan penuh bermakna delegasi China ke Malaysia sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara. “Saya dan Premier Li senada untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan yang erat antara kedua-dua negara, berlandaskan nilai-nilai yang dikongsi bersama di bawah konsep Madani dan ‘Komuniti Masa Depan Bersama”. Perbincangan kami juga…

Read More

Kes pecah amanah RM6.6b tangguh lagi

KUALA LUMPUR 19 Jun – Selepas ditangguhkan pada 4 Jun lalu, perbicaraan kes pecah amanah terhadap harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion dihadapi Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah ditangguh lagi. Perbicaraan yang dijadualkan bermula hari ini, ditangguhkan lagi berikutan terdapat 48 dokumen antaranya membabitkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan kertas Kabinet masih dikelaskan sebagai rahsia dan sulit serta perlu diturun taraf sebelum boleh digunakan dalam perbicaraan kes. Dalam prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan peguam…

Read More

Kerusi DUN Nenggiri diisytiharkan kosong

KOTA BHARU 19 Jun –  Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan yang diwakili Mohd Azizi Abu Naim dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diisytiharkan kosong mulai hari ini. Speaker DUN, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kekosongan itu dibuat selepas DUN menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan daripada Mohd Azizi pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun lalu. Menurut beliau, notis itu memaklumkan mengenai hilang keahlian Bersatu menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan. “Selepas meneliti dan berpuas hati dengan surat pemakluman itu, maka…

Read More