NIBONG TEBAL – Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai ini. Nama pegawai khas kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff itu diumumkan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi. Tuan Ibrahim berkata, pemilihan Abidin adalah paling tepat memandangkan beliau mengenali semua kerja Allahyarham dan percaya mampu menggalas tanggungjawab sama seperti Allahyarham Nor Zamri. Abidin, 56 eksekutif logistik adalah anak…
Read MoreDay: June 15, 2024
Malaysia di tangga ke-10 paling aman
SEPANG 15 Jun – Malaysia menduduki tempat ke-10 sebagai antara negara paling aman di dunia, naik sembilan anak tangga berbanding di kedudukan ke-19 dalam laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2023. Menurut GPI 2024 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), keputusan itu adalah di tengah-tengah kemerosotan tahap purata keamanan global yang menyaksikan penurunan sebanyak 0.56 peratus dan ini adalah tahun kelima berturut-turut ia merosot. Berbanding negara jiran, Singapura diletak sebagai negara kelima paling aman di dunia, manakala Indonesia di tempat ke-48 diikuti Laos (49), Kemboja (70) dan Thailand (75).…
Read MorePas faham penyasaran subsidi – PM
BAGAN SERAI 15 Jun – Anwar Ibrahim merakamkan terima kasih kepada Pas yang disifatkannya sebagai memahami keperluan untuk penyasaran subsidi diesel menerusi kenyataan yang dikeluarkan parti itu baru-baru ini. Perdana Menteri berkata, semua perdana menteri dari berbilang parti politik yang mendahului beliau sebelum ini bersetuju bahawa mesti dibuat penyasaran subsidi bagi mengelakkan ketirisan yang banyak kepada kewangan negara. “Saya (rasa) aneh kalau digunakan (isu subsidi) sebagai isu politik kerana semua parti politik setuju, dan saya ucap terima kasih kerana Setiausaha Agung Pas (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) sudah keluarkan kenyataan yang…
Read MoreBuang tabiat bawa ‘gula-gula’ masa kempen
SECARA rasmi, sebaik sahaja pengisytiharan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 22 Jun ini, maka bermulalah kempen 14 hari bagi ‘memancing undi’ rakyat. Ketika ini pun, sejurus diketahui akan berlangsung PRK susulan kematian penyandang, berduyun-duyun pemimpin politik turun ke Nibong Tebal, kawasan Parlimen yang letaknya DUN Sungai Bakap. Sama ada KEBETULAN atau sudah dirancang sebaik sahaja menerima berita kematian wakil rakyat kawasan itu, Nor Zamri Latiff (Pas-PN) pada 24 Mei lalu maka Sungai Bakap tidak sunyi dikunjungi orang politik, apatah…
Read MorePutra dakwa Duta Online promosi politik
SEPANG 15 Jun – Putra membantah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melantik 200 ‘Duta Online’, yang didakwa akan menggunakan dana awam secara tidak bertanggungjawab. Ketua Penerangan Putra Shahrulufti Sharif mendakwa pelantikan ini akan menguntungkan kalangan tertentu, khususnya DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang menimbulkan kebimbangan serius tentang penyalahgunaan dana untuk politik. “Alasan untuk menangani fitnah dan berita palsu tidak dapat diterima sebagai kebenaran untuk pengeluaran yang tidak perlu. Sudah cukup banyak agensi kerajaan yang memiliki pegawai untuk tujuan yang sama. Putra menuntut agar setiap sen yang dibelanjakan memberikan…
Read MoreSolat Aidiladha tiga sesi di 9 masjid
SINGAPURA 15 Jun – Sembilan daripada 68 buah masjid akan mengadakan solat Hari Raya Aidiladha untuk tiga sesi pada 17 Jun ini yang bermula pukul 7.20 pagi, diikuti sesi kedua 8.45 pagi dan seterusnya pada pukul 9.45 pagi. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), sebanyak 37 masjid mengadakan solat dua sesi (7.20 pagi dan 8.45 pagi) dan 22 masjid lagi satu sesi yang bermula pukul 7.20 pagi atau 8.45 pagi. Tiada tempahan slot perlu dibuat kecuali untuk sesi pertama menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Darul Ghufran di Tampines…
Read MoreKrisis kesihatan semakin parah
GENEVA: Krisis kesihatan semakin parah di Tebing Barat di mana sekatan, keganasan dan serangan terhadap infrastruktur kesihatan semakin memuncak sekali gus menghalang akses perubatan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menggesa supaya ‘perlindungan segera dan aktif terhadap orang awam serta penjagaan kesihatan diperingkatkan di Tebing Barat’. Ia menyatakan, peningkatan keganasan di Tebing Barat termasuk di Baitulmaqdis Timur sejak perang di Gaza meletus pada 7 Oktober sehingga 10 Jun lalu menyebabkan 521 rakyat Palestin terbunuh termasuk 126 kanak-kanak. Bagaimanapun, pegawai Palestin meletakkan angka kematian di Tebing Barat lebih…
Read MoreUstaz Don ingkar arahan penerbit
KUALA LUMPUR 15 Jun – RTM menamatkan khidmat Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai pengacara program Salam Baitullah selepas beliau mengulangi perbuatan ingkar arahan penerbit dan tidak patuh skrip. Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, sebagai pengacara, Ustaz Don sepatutnya patuh kepada skrip dan tidak memetik mana-mana kitab atau hadis ketika bersiaran. “Tugas Ustaz Don adalah mengacara, bertanya soalan, ikut skrip dan jauhi kontroversi. Beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara ini berkali-kali. Ustaz Don tidak ditugaskan untuk menganalisa atau memetik kitab, ikut sahajalah arahan diberi. Kami hentikan penampilan Ustaz…
Read MoreBerita pilihan…
Kerajaan perpaduan Afrika Selatan
JOHANNESBURG: Beberapa parti politik menunjukkan minat untuk menyertai Kerajaan Perpaduan Nasional yang dicadangkan, susulan Parti Kongres Nasional Afrika (ANC),tidak mempunyai majoriti. Setiausaha Agung ANC, Fikile Mbalula berkata mereka sudah mencapai persetujuan bersama dengan beberapa parti politik mengenai pembentukan kerajaan perpaduan, namun belum ada butiran lanjut berhubung perbincangan mengenainya. “Semangat perbincangan adalah baik. Kami tidak akan berundur dari konsep Kerajaan Perpaduan Nasional, kerana kami percaya konsep ini bagi kami mewakili hasil pilihan raya. “Tiada majoriti mutlak dan kami tidak dalam kedudukan untuk memerintah sendiri,” katanya bercakap kepada pemberita sejurus selepas Mesyuarat…
Read More