Speaker Dewan Rakyat tiada pilihan lain

SEPANG 9 Jun – Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul tidak mempunyai pilihan lain kecuali mematuhi Perlembagaan Malaysia dan mengisytiharkan enam kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahlian mereka adalah kosong. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berkata ini kerana gugurnya keahlian seseorang itu adalah urusan dalaman parti berkenaan dan bukan bidang kuasa Speaker. “Setelah parti ada pegangan dalam hal berkenaan, maka tindakan Speaker mestilah berdasarkan apa yang Perlembagaan Persekutuan kehendaki setelah seseorang itu terhenti keahliannya. Ini adalah ujian penting konsep pengasingan kuasa dalam Parlimen kita,” kata…

Read More

30,000 terima bantuan bulanan RM200

PUTRAJAYA 9 Jun – Sebanyak 30,000 penerima BUDI MADANI individu dan BUDI Agri-Komoditi meliputi petani dan pekebun kecil komoditi menjadi kumpulan pertama menerima bantuan bulanan RM200 yang akan didepositkan ke akaun masing-masing mulai tengah malam ini. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kumpulan itu adalah penerima yang diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif BUDI MADANI. Katanya, inisiatif bantuan tunai BUDI MADANI individu RM200 sebulan diberikan kepada warganegara yang memiliki kenderaan diesel persendirian untuk menampung peningkatan perbelanjaan bahan api diesel. Manakala petani dan pekebun kecil…

Read More

Harga diesel tanpa subsidi RM3.35

PUTRAJAYA – Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga diesel tanpa subsidi akan dijual pada kadar RM3.35 seliter oleh semua stesen minyak runcit di seluruh Semenanjung, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau memberitahu, harga diesel tanpa subsidi ini sama ada berubah atau tidak, akan diumumkan setiap Rabu seperti amalan semasa. Katanya, serentak penyasaran subsidi diesel itu juga, sebanyak 30,000 kumpulan awal pemilik kenderaan diesel persendirian akan menerima bantuan bulanan RM200 menerusi program BUDI MADANI mulai tengah malam ini. Berikutan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi bersasar ini,…

Read More

Denda RM50,000 hiburan tanpa permit

KOTA BHARU 9 Jun – Penganjuran hiburan tanpa permit di Kelantan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 apabila Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 dikuatkuasakan tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah, berkata RUU itu bagi menggantikan Enakmen Hiburan Tahun 1998 di mana kadar denda dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000. Beliau berkata, setakat ini semua proses sudah siap kecuali versi bahasa Inggeris dan akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. “Selepas lulus dalam sidang DUN, kena warta dulu dan…

Read More

Taklimat kewarganegaraan tidak salah

SEPANG 9 Jun – DAP Johor menegaskan bahawa program Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan yang dianjurkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, sebagai tidak menyalahi undang-undang. Naib Pengerusinya, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, program itu juga tiada isu apatah lagi menyalahi undang-undang sebaliknya ia bertujuan memberi penerangan dan panduan kepada rakyat yang berhadapan isu kewarganegaraan. Dalam kenyataan melalui Facebooknya, beliau menyelar tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap program itu sekali gus hanya mengganggu gugat keharmonian negara. “Namun, saya amat sedih apabila ada pihak cuba menangguk…

Read More

Pas minta penjelasan taklimat kewarganegaraan

SEPANG 9 Jun – Tindakan DAP untuk mengadakan program taklimat kewarganegaraan yang didakwa memudahcara untuk mendapatkan kerakyatan adalah bahaya dan boleh diumpama sedang ‘membakar’ negara. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tugas berkenaan tidak boleh dilaksanakan oleh parti politik kerana ia bidang khusus Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). “DAP wajib menjelaskan secara terperinci apakah langkah yang dilakukan oleh individu bernama Yeap Choon Keong yang mendakwa dirinya ialah Pengarah Program Kewarganegaraan DAP Pulau Pinang yang berjaya membantu mendapatkan kerakyatan untuk beberapa individu. “Mengikut data dalam media…

Read More

Abbas mahu UNSC adakan mesyuarat

RAMALLAH: Susulan pembunuhan beramai-ramai dilakukan tentera Israel di kem pelarian Nuseirat,  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diminta mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB  (UNSC). Presiden Mahmoud Abbas telah mengarahkan utusan Palestin ke PBB untuk berbuat demikian selepas serangan Israel ke atas kem Nuseirat, termasuk premis sekolah meragut ratusan nyawa dan menyebabkan ramai yang cedera. Abbas sebelum ini terbabit dalam usaha diplomatik intensif dengan pihak berkepentingam Arab dan antarabangsa untuk mengadakan sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB. Matlamatnya adalah untuk menangani pencerobohan Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin serta memaksa pendudukan Zionis untuk…

Read More

Kem pelarian Nuseirat diserang, 210 maut

GAZA: Sekurang-kurangnya 210 orang terbunuh manakala lebih 400 lagi cedera dalam serangan ganas tentera Israel ke atas kem pelarian Gaza tengah, al-Nuseirat di mana empat tebusan berjaya diselamatkan. Ia berlaku selepas tentera Israel mengumumkan empat tebusan Israel di al-Nuseirat diselamatkan dalam operasi yang dijalankan semalam. Tentera menamakan tebusan yang didakwa diselamatkan dikenali sebagai Noa Argamani, 26, Almog Meir Jan, 22, Andrey Kozlov, 27, dan Shlomi Ziv, 41. Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berikrar untuk terus berjuang selepas serangan Israel ke atas kem berkenaan. “Rakyat kami tidak akan menyerah dan akan terus melakukan…

Read More

D-8 gesa gencatan senjata segera

PUTRAJAYA 9 Jun – Majlis Menteri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) menggesa gencatan senjata segera, kekal dan tanpa syarat di ambil bagi menghentikan serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. Negara-negara D-8 juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza serta di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. Gesaan itu terkandung dalam deklarasi bersama mesyuarat luar biasa Majlis Menteri Luar D-8 di Istanbul, Turkiye semalam yang melibatkan Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turkiye. Pada mesyuarat itu, Malaysia diwakili Menteri Luar…

Read More