RAMALLAH: Susulan pembunuhan beramai-ramai dilakukan tentera Israel di kem pelarian Nuseirat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diminta mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Presiden Mahmoud Abbas telah mengarahkan utusan Palestin ke PBB untuk berbuat demikian selepas serangan Israel ke atas kem Nuseirat, termasuk premis sekolah meragut ratusan nyawa dan menyebabkan ramai yang cedera.
Abbas sebelum ini terbabit dalam usaha diplomatik intensif dengan pihak berkepentingam Arab dan antarabangsa untuk mengadakan sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB.
Matlamatnya adalah untuk menangani pencerobohan Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin serta memaksa pendudukan Zionis untuk mematuhi resolusi legitimasi antarabangsa, termasuk yang menyeru gencatan senjata segera
Abbas juga menegaskan keperluan mendesak campur tangan antarabangsa untuk menghentikan malapetaka kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Nnn
