GAZA CITY – Lebih 120 mayat rakyat Palestin ditemukan di bawah runtuhan dua hari selepas tentera Israel meninggalkan kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Menurut laporan media kru kecemasan dan pasukan pertahanan awam menemui lebih 120 mayat dari jalan yang musnah dan di bawah runtuhan bangunan di kem Jabalia, ketika pembersihan sampah dan serpihan masih dijalankan.
Selepas 20 hari melakukan serangan, pada Jumaat lalu, tentera Israel mengisytiharkan tamat serangannya di kawasan Jabalia.
Hampir 36,400 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Israel memulakan serangan hampir lapan bulan lalu. Majoriti mereka yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak, dengan lebih 82,400 yang lain cedera,
Kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan Israel ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang keputusan terbarunya mengarahkan Tel Aviv menghentikan serta-merta operasinya di Rafah, di mana lebih satu juta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang.
Nnn
