Kes baharu 1,349 sembuh 1,270

 

PUTRAJAYA 4 April – Masih empat angka, hari keenam berturut-turut Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif jangkitan Covid-19 dengan 1,349 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Kali terakhir jumlah kes kurang daripada 1,000 adalah pada 29 Mac dengan mencatat 941 kes yang juga angka terendah pada tahun ini.

Dengan pertambahan ini, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 350,959 kes dengan 14,509 kes aktif.

Setakat pukul 12 tengah hari Ahad, sebanyak 1,270 kes dilaporkan pulih dan menjadikan 335,162 kes sembuh.

Seramai 186 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 94 orang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga melaporkan dua lagi kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 1,288 kes.

  • Kes sembuh : 1,270 kes (335,162 kes kumulatif, 95.5%);
  • Kes baharu : 1,349 kes (350,959 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,342 kes [988 warganegara (73.6%); 354 bukan warganegara (26.4%)];
  • Kes aktif : 14,509 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 186 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 94 kes;dan
  • Kes kematian : 2 kes (1,288 kes kumulatif, 0.37%; 2 warganegara).

Related posts

Leave a Comment