KUALA LUMPUR 3 Jun – Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi (APK) ke telefon pintar yang diterima melalui mesej dan e-mel. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf sebaliknya berkata, mereka dinasihatkan hanya berbuat demikian melalui platform yang selamat seperti Google Play dan App Store. Beliau berkata hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan. Katanya,, antara taktik yang dikesan masih digunakan sejak pertengahan 2023…
Read MoreDay: June 3, 2024
Calon PKR tanding PRK Sungai Bakap
TANJONG 3 Jun – Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang memutuskan akan meletakkan calon dari PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang bakal diadakan tidak lama lagi, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow Beliau berkata tiada parti lain dalam komponen Kerajaan Perpaduan menuntut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang secara tradisi ditandingi PKR pada pilihan raya sebelum ini. Katanya, barisan kepemimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang memutuskan pencalonan wakil PKR itu dengan sebulat suara atas semangat parti yang bertanding sebelum ini diberi keutamaan untuk bertanding…
Read MoreSeludup manusia, 6 etnik Rohingya ditahan
KOTA BHARU 4 Jun – Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan enam etnik Rohingya dalam operasi khas Sabtu lepas di sekitar Kota Bharu, kata Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh. Beliau berkata kesemua mereka berumur lingkungan 24 hingga 35 tahun ditahan sepasukan pegawai Pasukan Taktikal Khas Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Kelantan. Dalam satu kenyataan , beliau berkata berdasarkan aduan awam dan hasil risikan yang dijalankan selama tiga minggu, pasukan telah diatur gerak dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton…
Read MoreSantapan nasi lemak Wanjo
KUALA LUMPUR 3 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berangkat ke restoran Nasi Lemak Wanjo yang terletak di Kampung Baru dekat sini. Kunjungan baginda menarik perhatian ramai terutama pengunjung yang ada di restoran berkenaan pada hari cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong. Menerusi catatan di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berangkat ke Kampung Baru, untuk santapan sarapan pagi. Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat. foto FB Sultan Ibrahim Nnn
Read MoreHassan tulis sajak ‘Pelaburan Genoside’
PASIR GUDANG – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menarik perhatian apabila memuat naik satu sajak dalam entri terbaharu Facebook miliknya mengenai penglibatan BlackRock dalam urusan pelaburan di negara ini. Melalui sajak bertajuk PELABURAN GENOSIDE, Ahli Parlimen PKR itu melahirkan rasa hatinya berhubung pengkibatan syarikat yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Israel. Hassan sebelum ini mempersoalkan mengapa negara begitu terdesak untuk menjual sebahagian equiti syarikat sepenting Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada sebuah konsortium yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Zionis. Sedangkan, selama ini, katanya, MAHB mampu menguruskan 38 buah lapangan…
Read MoreBerita pilihan…
Rakyat Palestin terus jadi korban
GAZA CITY – Lebih 120 mayat rakyat Palestin ditemukan di bawah runtuhan dua hari selepas tentera Israel meninggalkan kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza. Menurut laporan media kru kecemasan dan pasukan pertahanan awam menemui lebih 120 mayat dari jalan yang musnah dan di bawah runtuhan bangunan di kem Jabalia, ketika pembersihan sampah dan serpihan masih dijalankan. Selepas 20 hari melakukan serangan, pada Jumaat lalu, tentera Israel mengisytiharkan tamat serangannya di kawasan Jabalia. Hampir 36,400 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Israel memulakan serangan hampir lapan bulan lalu. Majoriti mereka yang…
Read MoreIsrael mahu hapus Hamas
BAITULMAQDIS – Israel tidak akan menerima pemerintahan Hamas di Gaza sebaliknya sedang menilai alternatif bagi menggantikan pentadbiran pimpinan kumpulan pejuang Islam itu. Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, berkata dalam melaksanakan tindakan ketenteraan, pihak pertahanan turut menilai alternatif pemerintahan menggantikan Hamas. “Kami akan mengasingkan kawasan (di Gaza), mengeluarkan operasi Hamas dari kawasan berkenaan serta memperkenalkan pasukan yang akan membolehkan pembentukan kerajaan alternatif – iaitu alternatif yang akan mengancam Hamas,” katanya dalam satu kenyataan,. Memerik laporan media, Gallant bagaimanapun tidak memperincikan alternatif berkenaan. Katanya, operasi ketenteraan Israel berserta tindakan mewujudkan potensi alternatif…
Read More