Israel mahu hapus Hamas

BAITULMAQDIS – Israel tidak akan menerima pemerintahan Hamas di Gaza sebaliknya sedang menilai alternatif bagi menggantikan pentadbiran pimpinan kumpulan pejuang Islam itu.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, berkata dalam melaksanakan tindakan ketenteraan, pihak pertahanan turut menilai alternatif pemerintahan menggantikan Hamas.

“Kami akan mengasingkan kawasan (di Gaza), mengeluarkan operasi Hamas dari kawasan berkenaan serta memperkenalkan pasukan yang akan membolehkan pembentukan kerajaan alternatif – iaitu alternatif yang akan mengancam Hamas,” katanya dalam satu kenyataan,.

Memerik laporan media,  Gallant bagaimanapun tidak memperincikan alternatif berkenaan.

Katanya, operasi ketenteraan Israel berserta tindakan mewujudkan potensi alternatif pemerintahan, akan membolehkan penyingkiran Hamas dan pemulangan tawanan.

“Kami tidak akan menerima pemerintahan Hamas di Gaza pada apa juga peringkat dalam sebarang proses yang meletakkan sasaran untuk menamatkan peperangan ketika ini,” katanya.

Hamas yang berikrar untuk memusnahkan Israel memerintah Semenanjung Gaza sejak 2007, setahun selepas kumpulan pejuang itu memenangi pilihan raya parlimen.

Related posts

Leave a Comment