Pilihan raya umum Britain 4 Julai

LONDON: Parlimen Britain dibubarkan hari ini, menjelang pilihan raya umum (PRU) pada 4 Julai, dengan kempen lima minggu secara rasmi bermula apabila 650 kerusi ahli Parlimen (MP) kosong satu minit lewat tengah malam (2301 GMT). Minggu pertama berkempen menyaksikan permulaan yang goyah berikutan pengumuman PRU ketika hujan membasahi Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, dengan ramai pemerhati menganggap hujan lebat sebagai petanda buruk. Manakala parti Buruh pimpinan Keir Starmer, bekas peguam hak asasi manusia. pula amat yakin dapat kembali berkuasa selepas 14 tahun pemerintahan Konservatif. Sunak menetapkan PRU pada 4 Julai,…

Read More

30 negara di mesyuarat WHO kecam Israel

GENEVA: Lebih 30 negara yang menghadiri mesyuarat tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengecam Israel susulan serangan terhadap hospital di Gaza. Badan itu turut menuntut lebih banyak penelitian terhadap peranannya dalam krisis kesihatan wilayah itu manakala beberapa negara anggota menyalahkan Israel atas risiko kebuluran yang semakin meningkat. Sekumpulan negara menyokong cadangan untuk memberi mandat kepada WHO untuk meningkatkan dokumentasi krisis kemanusiaan di Gaza dan melaporkan tentang kebuluran dan penyakit yang tercetus selepas hampir lapan bulan konflik. Usul itu disokong oleh lebih 30 negara kebanyakannya dari Afrika dan rantau Teluk…

Read More

‘All eyes on Rafah’

PARIS: Imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang mengandungi perkataan ‘All eyes on Rafah’ (Semua mata tertumpu pada Rafah) dikongsi oleh lebih 44 juta akaun Instagram sejak Isnin selepas Israel menyasarkan serangan maut ke atas kem diduduki penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di bandar Gaza. Imej itu memaparkan deretan khemah padat terbentang tanpa penghujung merentasi landskap padang pasir yang dibayangi kawasan pergunungan, merujuk kepada ratusan ribu rakyat Palestin yang melarikan diri ketika perang Israel-Palestin. Pelakon Chile-Amerika Syarikat (AS), Pedro Pascal serta model terkenal berketurunan Palestin, Bella dan Gigi Hadid, bintang…

Read More

Tidak ada istilah kes selesai

SEPANG 29 Mei –  Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan darisegi undang undang jenayah tidak ada istilah kes telah selesai walaupun mangsa membuat aduan polis kedua menyatakan bahawa kes telah selesai. Katanya, apabila sesuatu laporan polis dibuat maka dokumen itu dipanggil First Information Report atau ringkasnya FIR. Beliau berkata, jika kesalahan itu merupakan serangan fizikal ke atas diri sesorang dan merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan maka tugas polis ialah memanggil pihak yang menyerang mangsa itu untuk disiasat. Polis juga perlu menghantar mangsa ke Hospital Kerajaan…

Read More

Tidak adil desak Hannah Yeoh letak jawatan

KUALA LUMPUR 29 Mei – Tidak adil untuk mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada syarikat suaminya, kata Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching. Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, berkata, desakan yang dibuat oleh P. Ramasamy yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti. Timbalan Menteri Komunikasi itu mempersoalkan tindakan Ramasamy sebelum ini yang tidak melakukan gesaan sama ketika bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng…

Read More

Penjadualan semula ETS, perkenal 6 tren ekspres

KUALA LUMPUR 29 Mei – Perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu mulai 1 Ogos ini untuk semua laluan dengan memperkenalkan enam perkhidmatan ETS Ekspres. Perkhidmatan ETS Ekspres itu masing-masing dua perjalan sehari yang melibatkan sektor KL Sentral-Ipoh-KL Sentral, KL Sentral-Butterworth-KL Sentral dan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari. Perkhidmatan laluan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral dan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral adalah 10 trip sehari, laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral lapan trip sehari, manakala laluan Gemas-Butterworth-Gemas dan Gemas-Padang…

Read More

Kes Muhyiddin saman Puad Zarkashi selesai

KUALA LUMPUR 29 Mei – Kes saman difailkan Muhyiddin Yassin terhadap Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa berbaur fitnah di laman Facebooknya berkaitan perintah kuarantin membabitkan bekas perdana menteri itu, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz merekodkan penyelesaian kes itu selepas peguam Rosli Dahlan yang mewakili Muhyiddin memaklumkan bahawa pihak-pihak terlibat telah mencapai penyelesaian dengan syarat-syarat dipersetujui. Peguam Mohd Shahril Madisa yang mewakili Mohd Puad mengesahkan kedua-dua pihak mencapai penyelesaian damai dan defendan (Mohd Puad Zarkashi) menawarkan kenyataan yang…

Read More

Pemandu e-hailing tarik balik laporan

KUALA LUMPUR 29 Mei – Pemandu kenderaan e-hailing yang mendakwa dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara semalam, telah menarik balik laporannya pada hari yang sama. Ketua Polis Kuala Lumpur,  Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini berkata, individu berkenaan, yang juga orang kurang upaya (OKU), telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama. “Pada 28/05/2024, jam lebih kurang 9.59 malam pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes,” katanya…

Read More