Dua helikopter nahas tidak boleh dibaiki

KUALA LUMPUR  30 Mei – Dua pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec yang terlibat dalam nahas 23 April lalu disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Rahman Ayob, berkata kedua-dua bangkai pesawat itu kini berada di markas TLDM sekiranya ada semakan siasatan lanjut

“Ia ‘beyond repaired’ (tidak boleh dibaiki) dan tentu sekali AW139 ini helikopter baharu yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

“Kita ada tiga pesawat baharu yang kita peroleh tetapi satu sudah terbabit nahas dan tinggal dua sahaja yang beroperasi,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Mengenai pesawat Fennec, beliau berkata, TLDM kini mempunyai empat pesawat yang boleh beroperasi selepas masing-masing satu terbabit nahas dan rosak.

Beliau mengakui, ketiadaan pesawat itu juga akan menyebabkan sedikit sebanyak pengoperasian TLDM terjejas tetapi akan berusaha meningkatkan kesediaan sedia ada, termasuk mendapat perolehan aset baharu.

“Ia melalui perolehan terus ataupun sewaan (pesawat),” katanya.

Related posts

Leave a Comment