KOTA KINABALU 26 Mei – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu, Mustapha Sakmud mengulangi jaminan PKR negeri untuk terus memberi komitmen terhadap usaha mengekalkan kestabilan politik Sabah. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata, komitmen itu sebagai jaminan sokongan terhadap kerajaan negeri yang ada sekarang sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan oleh Ketua Menteri. “Saya terima lantikan yang diamanahkan Presiden sebagai “taklif” (tanggungjawab) dan bukan “tashrif” (keistimewaan),” katanya menerusi kenyataan malam ini selepas diumum mengetuai PKR Sabah menggantikan Datuk Dr Sangkar Rasam. Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata perubahan ini…
Read MoreDay: May 26, 2024
Timbalan Menteri dilantik Pengerusi PKR Sabah
KUALA LUMPUR 26 Mei – Kemelut kepemimpinan PKR Sabah berakhir apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) melantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Mustapha Sakmud sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) negeri itu. Ahli Parlimen Sepanggar yang juga Ketua Cabang PKR Kota Belud itu menggantikan Dr Sangkar Rasam yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. Sebelum ini, 15 Ketua Cabang diketuai Ketua Cabang Kota Marudu, Sazalye Donol Abdullah mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Sangkar sebagai Pengerusi MPN Sabah dan meminta beliau mengundurkan diri. Selain Mustapha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam yang…
Read MoreSubsidi: PM tidak tahu apa perlu dibuat?
SEPANG 26 Mei – Anwar Ibrahim sepatutnya memberi penjelasan terperinci mengenai langkah-langkah yang akan diambil kerajaan untuk menampan kesan penarikan balik subsidi ke atas kenaikan kos sara hidup rakyat. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri tidak memberikan penjelasan bagaimana isu beban kos sara hidup akan ditangani secara tuntas akibat penarikan balik subsidi diesel dan selepas ini RON 95. Dalam satu kenyataan, Muhyiddin berkata, kesan penarikan balik subsidi ke atas kenaikan harga barang dan kos sara hidup adalah satu kebimbangan yang berasas, susulan pengumuman penyelarasan semula subsidi diesel…
Read MoreKembalikan kestabilan ekonomi – Ku Li
KUALA LUMPUR 26 Mei – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, menyarankan Kerajaan Perpaduan memberi tumpuan penuh kepada usaha mengembalikan kestabilan ekonomi yang ketika ini terus menekan rakyat. Ku Li, bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu menyifatkan punca utama ekonomi negara makin meruncing adalah disebabkan kemerosotan daya pengeluaran negara yang membawa kepada tekanan inflasi. “Kita banyak bergantung kepada import, sekiranya barangan yang diimport dapat dikurangkan, mungkin ia dapat redakan sedikit tekanan. “Selain itu, soal gaji dan upah turut perlu (diberi perhatian). Kalau kita dapat kurangkan guna tenaga yang dibayar dengan…
Read More“Saya hampir saban minggu ke warung kecil, pasar”
KUALA LUMPUR 26 Mei – Jika semalam Hamzah Zainudin mencadangkan Anwar Ibrahim meninjau harga barang di Pasar Raja Bot, hari ini Perdana Menteri menjawab “Kerja saya hampir saban minggu ke warung kecil dan pasar,” Anwar menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang itu hanya cubaan untuk mengelak daripada menjawab soalannya mengenai mengapa Ahli Parlimen Larut itu sibuk mempertahankan golongan kaya dan orang luar susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar. “Saya ke pasar tidak saban minggu tapi warung kecil (setiap minggu) dan setiap kali sebelum Jumaat, saya tanya mengenai harga…
Read MoreTindakan gantung Awesome tak beretika
KUALA LUMPUR 28 Mei – Tindakan MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung siaran Awesome TV berkuat kuasa hari ini adalah tidak beretika dan menyalahi undang-undang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV Adam Ilyas. Beliau berkata ini kerana keputusan akhir berkaitan permohonan semakan di Mahkamah Rayuan masih belum dibuat. Di samping itu, Awesome TV dalam satu kenyataan hari ini turut memfailkan rayuan kepada tribunal rayuan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) dan masih menunggu keputusan. “Perkara ini masih di peringkat mahkamah dan sedang menunggu keputusan akhir. Oleh itu tindakan MYTV Sdn Bhd…
Read MoreBerita pilihan…
Desak adakan pilihan raya Israel
TEL AVIV: Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan, semalam, untuk menggesa diadakan pilihan raya yang baharu serta menuntu lebih banyak tindakan daripada kerajaan untuk membawa pulang tebusan yang ditahan di Gaza. Ini bukan kali pertama penunjuk perasaan mengambil tindakan seumpama itu yang memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Protes dilihat berterusan ketika perang di Gaza menghampiri bulan ketujuh dan di tengah-tengah kemarahan yang semakin meningkat terhadap kerajaan kerana masih terdapat 133 tebusan Israel ditahan gerakan Hamas. Media melaporkan kebanyakan rakyat Israel menyalahkan Netanyahu atas kegagalan keselamatan yang membawa…
Read MoreHamas dakwa tawan askar Israel
KAHERAH: Pejuang Hamas mendakwa berjaya menangkap askar Israel semasa pertempuran di Jabalia di utara Gaza pada Sabtu, walaupun tentera Israel menafikan dakwaan itu. Bagaimanapun jurucakap sayap bersenjata Hamas tidak menyatakan berapa ramai askar yang diculik, dan tidak menunjukkan bukti dakwaan itu. Dalam satu mesej yang dirakamkan dan disiarkan oleh Al Jazeera, jurucakap Briged Al Qassam, Abu Ubaida berkata pejuangnya berjaya memperdaya tentera Israel masuk ke dalam serangan hendap di dalam terowong sebelum pejuang melancarkan serangan. “Tentera Israel berundur dengan meninggalkan semua anggota pasukan mereka yang mati, cedera, dan ditangkap,” kata…
Read More