Universiti al-Quran pertama di Malaysia

KUANTAN 30 Julai –  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS), universiti al-Quran pertama di Malaysia.

Institusi berkenaan yang dijenamakan semula daripada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) adalah legasi daripada Almarhum ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah bagi memartabatkan pendidikan Islam di negeri ini.

Ketika bertitah menyempurnakan Majlis Pemasyhuran UNIQSAAS di Auditorium Tuanku Canselor universiti itu, di sini, baginda bersyukur dapat meneruskan legasi Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Al-Sultan Abdullah bertitah penjenamaan semula itu bukan sekadar perubahan nama, sebaliknya menjadi simbol hala tuju yang jelas dalam menjadikan al-Quran sebagai mercu tanda pembangunan ilmu dan rohani negeri.

“Saya hanya memanjangkan legasi itu, meningkatkan anjakan paradigma universiti ke satu lagi tahap supaya menjadi permata buat negeri dan rakyat Pahang,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah penjenamaan semula itu bukan sekadar perubahan nama, sebaliknya menjadi simbol hala tuju yang jelas dalam menjadikan al-Quran sebagai mercu tanda pembangunan ilmu dan rohani negeri.

Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan paduka anakanda Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Yang turut hadir, Menteri Besar,  Wan Rosdy Wan Ismai;, Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Baginda turut menzahirkan harapan supaya barisan kepemimpinan memastikan perjalanan serta pengurusan UNIQSAAS berada pada landasan yang terbaik.

“Saya juga berharap semua penuntut diberikan pelajaran terbaik, sekiranya ada apa-apa diperlukan maklum kepada kerajaan negeri atau saya sendiri,” titah baginda.

Di samping itu, baginda menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memastikan pentadbiran institusi pendidikan berkenaan berjalan dengan baik sepanjang 30 tahun penubuhannya.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menandatangani plak pemasyhuran, selain menyempurnakan gimik pelancaran al-Quran kerajaan negeri.

Sultan Pahang turut berkenaan mengurniakan watikah pelantikan Canselor UNIQSAAS kepada Tengku Hassanal, manakala watikah pelantikan Pro Canselor kepada Wan Rosdy dan Tengku Amir Nasser.

Pada 6 Februari lalu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan perkenan UniPSAS dijenamakan sebagai UNIQSAAS, sekali gus menjadi universiti pertama seumpamanya di negara ini.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment