LONDON: Ketua pembangkang Britain, Keir Starmer, hari ini berkata, beliau mahu mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai dalam proses damai jika mendapat kuasa pada pilihan raya umum akan datang. Starmer berdepan kritikan daripada beberapa pengundi Parti Buruh tradisional hanya kerana secara beransur-ansur mengubah kedudukan parti ke arah menyokong gencatan senjata di Gaza. Pendirian parti itu menyebabkan 10 Ahli Parlimen kanannya berhenti daripada peranan dasar mereka dan dipersalahkan atas beberapa keputusan yang mengecewakan dalam pilihan raya tempatan pada bulan ini di beberapa kawasan dengan populasi Islam yang ramai. Ireland, Sepanyol…
Read MoreDay: May 24, 2024
DUN Sungai Bakap kosong dimaklumkan esok
NIBONG TEBAL 24 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Katanya, Setiausaha DUN, Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya. Kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, kira-kira pukul 1.38 tengah hari tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut. “Pihak Speaker DUN telah dimaklumkan berhubung perkara ini (kematian dan kekosongan DUN…
Read MoreKKM pertahan prinsip asas kedaulatan
PUTRAJAYA 24 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum dakwaan sesetengah pihak kononnya Malaysia mempertaruhkan kedaulatan negara dalam memuktamadkan Pindaan Bersasar Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia hanya akan menandatangani perjanjian antarabangsa sekiranya kuasa Yang di-Pertuan Agong, martabat raja-raja dan kedaulatan negara terjamin. Beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke Geneva, Switzerland bagi menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia Sesi Ke-77 (WHA77) pada 27 sehingga 31 Mei ini di mana, antara perkara utama bakal dibincang ialah perkembangan rundingan bagi IHR 2005 dan rundingan bagi penyediaan Perjanjian Pandemik.…
Read MoreFahami tujuan asal penubuhan UiTM
AYER KEROH 24 Mei – Fahami fakta sebenar tujuan asal penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan pelbagai andaian, sekali gus meruntuhkan imej institusi pendidikan Bumiputera itu. Naib Canselor UiTM Prof Dr Shahrin Sahib yang membuat ingatan itu berkata, seseorang yang hendak mengeluarkan kenyataan perlu fikir dahulu sebelum bercakap sesuatu perkara. “Antara budaya ilmu orang Melayu, (contohnya) dalam budaya pantun, pertama kena fikir pembayang dan kemudian maksud dan ia perlu saling berkait serta jelas. Begitu juga, jika seseorang yang hendak mengeluarkan kenyataan. Kita tidak boleh…
Read MoreGELORA MENUNGGU LAMBAIAN KAABAH
KHUTBAH Jumaat di Selangor minggu lepas berkaitan ibadah haji. Tajuknya Lambaian Kaabah’. Syukurlah bagi 31,600 yang terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu. Ingatlah masih ramai menanti giliran, ibarat menunggu buah tak gugur. Ketika ini hampir empat juta pendeposit TH sedang menunggu giliran untuk menjadi tetamu Allah dengan tempoh menunggu sesuatu yang amat ‘mengerikan’. Jika diselak kenyataan TH tahun lalu, tempoh giliran menunggu untuk menunaikan haji mencecah 148 tahun, dan dijangka dapat dipendekkan menjelang 2030 apabila jumlah jemaah ditingkatkan kepada lima juta berbanding dua juta ketika ini. Maka bersyukurlah apabila tersenarai…
Read MoreRibuan hadiri pengebumian Presiden Iran
MASHHAD : Ribuan rakyat memenuhi jalanan untuk mengiri perjalanan akhir Presiden Iran Allahyarham Ebrahim Raisi yang dikebumikan di bandar suci Mashhad pada Khamis. Majlis pengebumian Ebrahim, 63 diadakan empat hari selepas beliau meninggal dunia dalam nahas helikopter terhempas di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Azerbaijan pada Ahad lalu. Pengebumian jenazah Allahyarham Ebrahim turut dihadiri oleh pegawai kerajaan dan tentera Iran, serta tokoh agama. Bunga dilemparkan ke kerandanya ketika ia bergerak perlahan menaiki trak melalui orang ramai untuk dikebumikan di Kubah Emas Imam Reza, tapak suci Islam Iran dan dihormati sebagai tempat…
Read MoreZionis terus mengganas
DEIR AL-BALAH: Serangan terbaharu tentera Zionis meragut 12 nyawa rakyat Palestin selepas membedil sebuah stor milik Kementerian Kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis. Menurut jurucakap ke Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir Al-Balah, Dr Khalil Al Degran mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital itu di mana, sebahagian besar daripada 12 yang terbunuh merupakan kaum wanita dari Deir Al-Balah. “Israel membedil menggunakan kereta kebal sebagai sebahagian daripada pembunuhan beramai-ramai oleh tentera pendudukan. “Kebanyakan mayat hangus, lebih 30 yang cedera tiba di hospital ini. Hospital…
Read MoreBerita pilihan…
Mahmoud Abbas hargai Norway
RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store susulan pengiktirafan negara itu ke atas Palestin. “Tuan Yang Terutama Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin,” kata pejabat Presiden Palestin dalam satu kenyataan. Rabu lalu, Norway, Ireland dan Sepanyol mengumumkan keputusan mengiktiraf Palestin. “Kami berharap semua negara Eropah yang tidak mengiktiraf negara Palestin akan mengikuti contoh langkah berani Norway, Sepanyol dan Ireland untuk mengiktiraf negara Palestin,” kata Abbas. Kerajaan Israel sebelum ini mengancam “akibat”…
Read MoreSiasat dakwaan banduan Palestin didera
GENEVA: Seorang pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pihak berkuasa Israel menyiasat dakwaan penyeksaan dan penderaan terhadap rakyat Palestin yang ditahan sejak perang tercetus di Gaza 7 Oktober lalu. Pelapor khas PBB mengenai penyeksaan, Alice Jill Edwards, berkata beliau menerima dakwaan penderaan terhadap rakyat Palestin yang ditahan di penjara yang dikendalikan Perkhidmatan Penjara Israel dan di kem tentera Israel. Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa menerima dakwaan kes banduan dipukul, ditahan dalam sel dengan mata ditutup dan digari untuk tempoh yang lama, tidak dapat tidur, dan diancam dengan keganasan…
Read More