SPNS, DSNS Rais ditarik balik

SEREMBAN 30 Julai – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Pendaftar Darjah Negeri Sembilan, Mohd Zafir Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

“Kedua-dua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Mohd Rais iaitu Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (2001) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (1979) kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berkata, darjah SPNS dikurniakan kepada Mohd Rais pada tahun 2001, manakala DSNS diterimanya pada tahun 1979.

Rais adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan (1978-1982), bekas anggota Parlimen Jelebu yang pernah memegang pelbagai portfolio kementerian dan terakhir sebagai Speaker Dewan Negara.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment