KUALA LUMPUR 19 Mei – Wajah suspek kes serangan membabitkan simbahan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, didedahkan mengikut lakaran fotofit yang berjaya dihasilkan. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata suspek dikenal pasti memakai topi celoreng tentera dan pelitup muka bercorak ketika kejadian pada 5 Mei lalu. “Suspek dianggarkan berusia 30 tahun, berketinggian 165 sentimeter (sm) dengan saiz susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang. “Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit terbabit, diminta tampil membantu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan.…
Read MoreDay: May 19, 2024
Kok terima surat ugutan bunuh
KUALA LUMPUR 19 Mei – Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, menerima surat ugutan bunuh bersama dua butir peluru hidup, semalam. Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh memaklumkan surat ugutan berserta peluru itu ditemui dalam sampul yang diletakkan pada peti surat kediamannya. Katanya , sebaik pulang ke kediamannya dan mengambil surat di peti surat, beliau dapati ada satu sampul surat mengandungi benda yang agak keras di dalamnya. Sebaik saja sampul surat dibuka, beliau mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 bertulis perkataan lucah dan ugutan bunuh. Berikutan itu,…
Read MoreJohor kutuk keganasan, ekstremisme
ISKANDAR PUTERI 19 Mei – Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme sehingga mengorbankan insan tak bendosa terutama wira negara, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi. Beliau merujuk serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat lalu yang mengorbankan nyawa dua wira negara selain mencederakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Sebelum saya memulakan penggulungan seperti yang kita semua maklum, awal pagi Jumaat lalu, kita digemparkan dengan insiden yang amat mendukacitakan. Satu serangan terhadap Balai Polis Ulu Tiram telah dibuat. Kerajaan Johor berdiri teguh bersama PDRM dalam…
Read MoreSFCF cipta rekod kumpul 108 ulam, 11 sambal
KOTA SAMARAHAN 19 Mei – Festival Makanan dan Budaya Samarahan (SFCF) mencipta sejarahnya sendiri apabila memecahkan rekod ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai festival yang berjaya mengumpulkan jenis ulam terbanyak. SFCF dengan kerjasama beberapa agensi dan pihak lain berjaya mengumpulkan 108 jenis ulam-ulaman dan 11 jenis sambal yang ada di Sarawak. Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), majlis penyerahan sijil pengiktirafan disempurnakan oleh pegawai daripada MBOR kepada Pengerusi Pengelola SFCF Dr Florince Christy sambil disaksikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Idris Buang. Berucap sempena kajayaan luar biasa ini,…
Read MoreJalin kerjasama strategik Malaysia-Uzbekistan
SAMARKAND: Malaysia dan Uzbekistan boleh menjalinkan perkongsian strategik khas dalam bidang baharu, khususnya yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam. “Kerjasama bukan sahaja dalam hubungan baik pembangunan halal, pensijilan halal dan industri halal, malah kita boleh bekerjasama dalam budaya dan seni ke tahap yang diselaraskan oleh menteri kanan (dari kedua-dua negara),” katanya dalam ucapannya di Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Uzbekistan-Malaysian di Kompleks…
Read MoreSarawak mahu cipta rekod Sukma ke-21
SIBU 19 Mei – Tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-21, Sarawak mahu mencipta rekod kejohanan yang bermula 17 Ogos ini untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Michael Tiang Ming Tee berkata bagi tujuan itu, atlet-atlet Sarawak yang bertanding perlu meraih sebanyak mungkin pingat emas. Pada Sukma edisi ke-20 di Kuala Lumpur pada tahun 2022, Sarawak menduduki tempat keempat daripada keseluruhan 15 kontingen yang mengambil bahagian, dengan pungutan 32 pingat emas, 43 pingat perak dan 52 pingat…
Read MoreBerita pilihan…
Kes selesema burung di barat China
BEIJING: Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China mengesahkan terdapat kes selesema burung dalam kalangan unggas liar di barat China. Dalam satu notis di laman webnya, kementerian mengesahkan di dua daerah wilayah Qinghai, terdapat 275 kes influenza H5 dalam kalangan burung camar Pallas yang mati dan burung liar lain. Kementerian turut menerima laporan mengenai kes itu daripada Pusat Kawalan Penyakit Haiwan China dan Makmal Rujukan Selesema Burung kebangsaan mengesahkan penemuan itu. Dalam pada itu, wabak H5N1 dalam kalangan lembu tenusu di sekurang-kurangnya sembilan negeri Amerika Syarikat (AS ) sejak…
Read MoreSingapura tingkat langkah keselamatan
SINGAPURA 19 Mei – Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi. Dalam kenyataan MHA, langkah-langkah itu termasuk meningkatkan rondaan dan pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelancong dan pengangkutan. “Pelancong harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan kerana pemeriksaan yang diperketat dan mengambil kira masa tambahan yang diperlukan untuk urusan imigresen. “Sama ada di Singapura atau melancong ke luar negara, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan melaporkan…
Read More