BEIJING: Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China mengesahkan terdapat kes selesema burung dalam kalangan unggas liar di barat China.
Dalam satu notis di laman webnya, kementerian mengesahkan di dua daerah wilayah Qinghai, terdapat 275 kes influenza H5 dalam kalangan burung camar Pallas yang mati dan burung liar lain.
Kementerian turut menerima laporan mengenai kes itu daripada Pusat Kawalan Penyakit Haiwan China dan Makmal Rujukan Selesema Burung kebangsaan mengesahkan penemuan itu.
Dalam pada itu, wabak H5N1 dalam kalangan lembu tenusu di sekurang-kurangnya sembilan negeri Amerika Syarikat (AS ) sejak akhir Mac menimbulkan persoalan sama ada ia boleh merebak kepada manusia.
Susulan itu, AS mengumumkan pada 11 Mei lalu bahawa ia akan membelanjakan hampir AS$200 juta (RM937 juta) untuk memerangi wabak itu.
