Batal lesen jika terbukti jemaah diperdaya

PUTRAJAYA 18 Mei – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen agensi pelancongan jika didapati menyalahi peraturan, kata Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing. Beliau berkata MOTAC mengambil maklum mengenai dakwaan 300 jemaah haji yang terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah oleh agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab. “Saya sedang meneliti insiden ini dan berdasarkan maklumat yang saya terima, 300 jemaah haji yang pergi ke Makkah ini telah dimaklumkan bahawa pas pelancong yang mereka gunakan boleh ditukarkan kepada umrah atau haji,” katanya…

Read More

Semua wakil rakyat Bersatu diberi surat

KUALA LUMPUR 18 Mei – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah menghantar surat menyatakan sokongan kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk tujuh wakil rakyat yang  menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri  Anwar Ibrahim sebelum ini. Setiausaha Agungnya,  Hamzah Zainudin, berkata sekiranya mereka gagal membalas surat yang diberikan itu dalam tempoh 14 hari, keahlian individu itu dalam Bersatu akan terhenti serta-merta dan status sebagai wakil rakyat akan tergugur. Katanya, surat berkenaan yang ada beberapa arahan secara bertulis diserahkan kepada semua Ahli Parlimen dan…

Read More

Nak dapat RM18,000 rugi RM619,390.

KUALA LUMPUR 17 Mei –  Hasrat seorang wanita untuk mendapatkan semula wang pelaburan Forex sebanyak RM18,808 pada Februari lalu akhirnya bertukar kepada kerugian berlipat kali ganda iaitu sebanyak RM619,390. Pesara wanita itu terpaksa berputih mata apabila melakukan 28 transaksi ke tujuh akaun bank yang berbeza dan sehingga kini, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan atau mendapat semula wang pelaburan yang dijanjikan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian terbabit pada 12 Mei lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420…

Read More

Takziah kepada keluarga anggota polis

JOHOR BAHRU 17 Mei – Dua anggota polis yang maut diserang di Balai Polis Ulu Tiram, akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Bidor, Perak dan Gambang, Kuantan, selepas bedah siasat selesai. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata seorang lagi anggota yang parah kini stabil, selepas terkena tembakan di bahu kiri dan pinggul dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini. “Dua anggota yang terkorban masing-masing mula bertugas pada 2021 dan 2022 dan mereka masih bujang. Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota yang terkorban dalam serangan awal…

Read More

Pemuda UMNO ingatkan jangan ganggu UITM

JASIN: Pemuda UMNO memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menjadi `pengadu domba’ dengan mengemukakan cadangan `dangkal’ mengenai kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata Pemuda berpegang dengan pendirian seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa UiTM yang menjadi sebahagian hak keistimewaan Melayu serta Bumiputera, tidak disentuh pihak lain. Katanya, pendirian tegas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertahankan UiTM hanya untuk pelajar Bumiputera adalah tepat dan sejajar dengan Fasal 1A, Akta UiTM (Akta 173) yang mana universiti itu ditubuhkan berdasarkan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan…

Read More

Suspek serang balai ahli JI, 7 ditahan

JOHOR BAHRU 17 Mei – Polis mengesahkan lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi, adalah anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). Susulan itu, bapa suspek, ahli JI di Ulu Tiram beserta empat lagi ahli keluarga yang berusia lingkungan 15 hingga 62 tahun, turut ditahan. Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain yang mengesahkan suspek 34 anggota JI sememangnya membuat persediaan untuk melakukan serangan yang mengorbankan dua anggota polis itu. Bercakap pada sidang media  di lokasi kejadian, di sini, hari ini, Razarudin berkata, turut ditahan, dua pelajar masing-masing berusia 21 dan…

Read More

Dua polis, penyerang maut di balai

JOHOR BAHRU 17 Mei –  Dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangandilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan kejadian itu dan turut memaklumkan suspek ditembak mati di lokasi. Beliau berkata, dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan. “Siasatan awal mendapati anggota polis ditetak dan ditembak. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya di tempat kejadian. Kejadian dipercayai jam 2.54…

Read More

UiTM: Cadangan tindak balas kecemasan

SEPANG 17 Mei – Cadangan program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks di Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah tindak balas kecemasan negara, dalam menyediakan dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. Justeru Ketua DAPSY Kebangsaan, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, cadangan itu tidak mencabar kedudukan istimewa atau hak perlembagaan Melayu dan Bumiputera seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, kekurangan doktor pakar pembedahan jantung ketika ini amat kritikal dan pilihan jangka pendek yang ada adalah untuk mencadangkan agar UiTM menerima pelajar bukan Melayu untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi itu. Ia didorong oleh…

Read More

Pembunuhan semakin meningkat di Rafah

THE HAGUE: Keganasan Israel melakukan pembunuh beramai-ramai atau genosid kini semakin meningkat di Rafah dan sudah melampaui tahap mengerikan, demikian hujah Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini. Justeru Afrika Selatan memohon mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengarahkan Israel menghentikan serta merta serangan di Rafah. Pada prosiding perbicaraan dua hari di The Hague, Afrika Selatan memulakan perbicaraan dengan memohon hakim untuk memerintahkan gencatan senjata di seluruh Gaza. Peguam, Vusimuzi Madonsela, berkata Afrika Selatan berharap, pada hari terakhir perjuangan negara itu di mahkamah nanti ia dapat menghentikan…

Read More