PUTRAJAYA 14 Mei – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihatkan mana-mana pihak yang berada di Tanah Suci tanpa visa haji yang sah supaya pulang ke tanah air. Menterinya Dr Mohd Naim Mokhtar berkata jemaah yang merasakan mereka terpedaya dengan janji untuk menunaikan haji perlu membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) Mereka juga boleh mengadu kepada, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk siasatan lebih lanjut. Dalam kenyataannya, beliau bagaimanapun memberitahu setakat ini tiada laporan rasmi berkaitan perkara itu diterima oleh TH.…
Read MoreDay: May 14, 2024
Penduduk Malaysia 34 juta, 57.9 peratus Melayu
PUTRAJAYA 14 Mei – Jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024, dianggarkan 34.0 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 iaitu hanya 33.2 juta. Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata jumlah penduduk berkenaan merangkumi 30.6 juta (90 peratus (%)) warga negara dan 3.4 juta (10%) bukan warga negara. Katanya, jumlah itu berdasarkan hasil laporan berkaitan Perangkaan Demografi yang memaparkan data penduduk, kelahiran hidup dan kematian bagi suku tahun pertama 2024. Beliau berkata, peningkatan penduduk negara disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warga negara…
Read MoreTiada keperluan kasino kedua di Malaysia
DOHA 14 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, tiada keperluan bagi Malaysia mewujudkan kasino kedua untuk membantu meningkatkan pendapatan negara. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI) yang memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pentadbiran Kerajaan Madani akan menerima kewujudan kasino kedua atau menolaknya ketika slot khas ‘In Conversation With the Prime Minister of Malaysia’ sempena Forum Ekonomi Doha (QEF) 2024 di sini, hari ini. Sesi itu dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa…
Read MoreDraf MoU peruntukan sedang dimuktamadkan
PUTRAJAYA 14 Mei – Draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang perlu ditandatangani, sebelum kerajaan menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof. Beliau memberitahu, antara kandungan MoU itu adalah bersama memastikan kestabilan demi pemulihan ekonomi negara serta mengelak perpecahan khususnya berkaitan isu 3R iaitu agama, raja, dan kaum. “Kita masih memperincikan (draf) tetapi gambaran (MoU) sudah saya berikan apa kandungannya iaitu pertama, untuk fokus supaya semua Ahli Parlimen ini melihat bagaimana untuk membangunkan dan memulihkan ekonomi negara. “(Kedua) untuk memastikan kestabilan supaya kita dapat menarik…
Read MoreMonsun Barat Daya mulai Jumaat
PUTRAJAYA 14 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), menjangkakan Monsun Barat Daya bermula pada Jumaat ini, 17 Mei dan akan berterusan sehingga September 2024. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat pembakaran terbuka sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula Jumaat ini, kerana boleh menyebabkan jerebu berlaku, terutamanya di antara Julai hingga September. Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil. Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan yang…
Read MoreRungutan beras tempatan berkurangan
SERDANG 14 Mei – Bekalan beras tempatan sedang berada di pasaran, walaupun terdapat kelompangan di sana sini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Mohamad Sabu. Katanya, kerajaan mengambil inisiatif mengarahkan 140,000 tan bekalan bahan itu diproses dan dikeluarkan segera dari kilang, sejak Mac lalu menyebabkan rungutan berkaitan ketiadaan beras tempatan semakin berkurangan. Mohamad, bagaimanapun mengakui isu berhubung bekalan beras tempatan akan berterusan selagi tahap sara diri (SSL) bagi bahan itu tidak mencapai 80 peratus. Beliau berkata, KPKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau situasi…
Read MoreAnwar bertemu Ismail Haniyeh
DOHA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan lawatan rasmi beliau ke Qatar untuk bertemu Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di sebuah hotel di sini, pagi semalam. Haniyeh tiba di lobi hotel pada pukul 8.55 pagi dengan dikawal ketat sekumpulan pengawal sebelum diiring naik ke lokasi pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu. Turut mengiringi Haniyeh adalah pemimpin politik Palestin yang juga bekas Ketua Hamas, Khaled Masyal. Ini pertemuan bersemuka pertama Anwar bersama Haniyeh sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kali terakhir mereka berjumpa pada 2019 dan 2020, namun ketika itu atas kapasiti…
Read MoreBerita pilihan…
Pakistan lulus geran kepada Kashmir
MUZAFFARABAD: Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif meluluskan pemberian 24 bilion rupee (RM406.8 juta) untuk Kashmir, wilayah diperintah Pakistan, beberapa hari selepas tercetusnya protes ganas berkaitan inflasi. Kenyataan dari pejabat Sharif bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana geran itu akan digunakan. Dalam protes itu, seorang pegawai polis terbunuh dan lebih 90 orang cedera apabila ribuan orang bertempur dengan polis pada hujung minggu, manakala kebanyakan perniagaan dan perkhidmatan pengangkutan masih ditutup untuk hari kelima. Satu pakatan kumpulan hak sivil mengetuai protes berkenaan, bagi menuntut kerajaan memberi subsidi ke atas harga elektrik dan gandum susulan…
Read MoreHutang meningkat, Maldives terima amaran
MALE: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran kepada Maldives berhubung bebanan hutang yang terus meningkat, berikutan negara kepulauan itu dilihat bersedia untuk meminjam lebih banyak daripada pemiutang utama China. Tanpa menamakan pemberi pinjaman utama kepulauan itu, IMF berkata, Maldives kekal berisiko tinggi menghadapi masalah hutang luaran dan keseluruhan tanpa perubahan dasar ketara. Justeru IMF menggesa Maldives meningkatkan hasilnya dengan segera serta mengurangkan perbelanjaan pinjaman luar untuk mengelakkan krisis ekonomi lebih besar. IMF dalam kenyataan berkata, unjuran yang menunjukkan ketidakpastian adalah tinggi dan keadaan mungkin bertambah merosot, termasuk daripada penyatuan fiskal…
Read More