MUZAFFARABAD: Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif meluluskan pemberian 24 bilion rupee (RM406.8 juta) untuk Kashmir, wilayah diperintah Pakistan, beberapa hari selepas tercetusnya protes ganas berkaitan inflasi.
Kenyataan dari pejabat Sharif bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana geran itu akan digunakan.
Dalam protes itu, seorang pegawai polis terbunuh dan lebih 90 orang cedera apabila ribuan orang bertempur dengan polis pada hujung minggu, manakala kebanyakan perniagaan dan perkhidmatan pengangkutan masih ditutup untuk hari kelima.
Satu pakatan kumpulan hak sivil mengetuai protes berkenaan, bagi menuntut kerajaan memberi subsidi ke atas harga elektrik dan gandum susulan kenaikan inflasi.
Protes itu bertepatan dengan lawatan misi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk berunding jangka panjang baharu dengan Islamabad, selepas mereka mengeluarkan amaran mengenai risiko penurunan ekonomi Pakistan secara berterusan selepas ini.
Di bawah unjuran kerajaan, inflasi perlahan kepada 17.3 peratus pada April, namun menjangkakan lebih banyak peningkatan dalam tinjauan ekonomi negara pada bulan-bulan berikutnya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Shehryar Sikandar, berkata penunjuk perasaan, yang memulakan perhimpunan pada Khamis, berkumpul semula sejak malam Ahad di bandar Dhirkot di daerah Poonch dan mengancam mahu meneruskan protes.
Dhirkot terletak kira-kira 80 kilometer (50 batu) di selatan Muzaffarabad, di ibu kota wilayah itu.
Nnn
