PH rampas enam PDM Melayu

KUALA LUMPUR 12 Mei –  Enam daripada lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, semalam memihak kepada Pakatan Harapan (PH). Situasi itu menunjukkan PH berjaya merampas PDM berkenaan berbanding tewas di semua PDM Melayu itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, tahun lalu, Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pencapaian itu membuktikan pengundi Melayu sudah berubah sikap dan mula menyedari hakikat bahawa sentimen perkauman serta agama tidak boleh lagi dijadikan cagaran untuk meraih undi. “Mereka mula…

Read More

8,856 kes Tibi direkodkan setakat 4 Mei

KOTA KINABALU 12 Mei – Sebanyak 8,856 kes Tibi direkodkan di seluruh negara setakat 4 Mei lalu dan daripada jumlah itu 1,944 kes direkodkan di Sabah, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau mengingatkan bahawa Tibi, penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Mycobacterium Tuberculosis dan merebak melalui udara masih menjadi antara beban penyakit utama di Malaysia dan kadar statistik yang direkodkan masih tinggi. “Kita menasihatkan orang ramai yang mempunyai tanda dan gejala seperti batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah…

Read More

Bas terbalik, 41 penumpang selamat

IPOH 12 Mei – Seramai 41 orang penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di kilometer (km) 264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bas tersebut terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta. Difahamkan kesemua mereka dari bas tersebut dalam perjalanan dari Kupang, Kedah ke Ipoh bagi menghadiri majlis keagamaan. “Pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.28 pagi tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…

Read More

150,000 rakyat Palestin tinggalkan Rafah

ISTANBUL: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) memberitahu, kira-kira 150,000 rakyat Palestin sudah meninggalkan Rafah, di mana pencerobohan Israel sedang dijalankan. Jurucakap UNRWA, Louise Wateridge berkata, di mana-mana sahaja kelihatan  keluarga sedang berkemas dan jalan–jalan lebih kosong. “UNRWA menganggarkan lebih 150,000 orang kini sudah melarikan diri dari Rafah. Arahan untuk kawasan baharu dikeluarkan bagi pemindahan ke Rafah tengah di selatan Gaza dan Jabalia di Gaza utara,” kata jurucakap itu. Israel menyerang Semenanjung Gaza sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober yang mengorbankan kira-kira…

Read More

Bincang perjanjian pandemik dilanjutkan lagi

GENEVA: Kerajaan negara-negara seluruh dunia bersetuju melanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi berhubung perjanjian penting berkaitan pengendalian pandemik pada masa depan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelmarin, rundingan pusingan kesembilan serta terakhir yang membabitkan sejumlah 194 negara anggota WHO, kumpulan advokasi dan pihak berkepentingan itu berakhir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun, rundingan itu berakhir tanpa memuktamadkan perjanjian yang dijadualkan untuk dipertimbang untuk kelulusan pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia, lewat bulan ini. Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) yang diketuai negara anggota, telah ditubuhkan lebih dua tahun lalu bagi merangka dan merundingkan perjanjian yang…

Read More