JDT harap Selangor FC timbang semula keputusan

SEPANG – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak JDT Alistair Edwards berkata pihaknya kecewa dengan keputusan Selangor FC meskipun Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor memberi jaminan mengenai keutamaan keselamatan pasukan, pemain dan penyokong dengan kehadiran 1,500 anggota. “Kami sememangnya mengutuk keras insiden melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC tetapi kami berharap agar…

Read More

JDT menang percuma Piala Sumbangsih?

KUALA LUMPUR 8 Mei – JDT bakal diberikan kemenangan percuma? Persoalan ini timbul apabila Selangor FC memutuskan untuk ‘tidak hadir’ ke perlawanan Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini. Keputusan itu dibuat kelab terbabit selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak permohonan mereka untuk menunda aksi berkenaan. Selangor FC dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan keputusan sukar untuk tidak hadir ke perlawanan itu diambil selepas penelitian dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak. Kelab itu memaklumkan, ia berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman…

Read More

Samun: Lelaki ditahan bantu siasatan kematian OKU

PERMATANG PAUH 8 Mei –  Seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) bisu yang ditemukan dalam keadaan kaki dan tangan terikat di rumahnya, di Guar Perahu, dekat sini awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati lelaki tersebut yang berusia 40-an mempunyai  lima kes jenayah dan lima kes dadah. Dalam satu kenyataan malam ini, beliau berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah kampung dua tingkat yang didiami tiga beranak dan…

Read More

Zionis musnahkan lintasan Rafah

SEPANG 8 Mei – Rejim Zionis Israel sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit. Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di Gaza, Dr Ziad Shehada berkata, kemusnahan itu mengakibatkan semua lintasan di Rafah ditutup pada Selasa dan tiada lagi trak bantuan kemanusiaan dapat memasuki Gaza. “Tiada lagi mangsa yang boleh meninggalkan Gaza untuk rawatan perubatan dan tiada lagi makanan serta minuman yang boleh didapati di pasaran. Kira-kira 1.5 juta orang (rakyat Palestin) sedang berpindah dari Rafah ke kawasan lain lain…

Read More

Calon PH nafi pemimpin PKR tidak kempen

HULU SELANGOR 8 Mei – Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menafikan dakwaan pemimpin tertinggi PKR tidak turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Beliau menjelaskan terdapat beberapa pemimpin daripada parti komponen PH itu berada di lapangan bagi membantu kempen pihaknya termasuk Menteri Besar,  Amirudin Shari yang turun tiga hingga empat kali berkempen. “Semalam juga, saya menyertai satu forum yang dianjurkan oleh PKR, di mana (Naib Presiden PKR), Nurul Izzah (Anwar) turut hadir ke cawangan wanita. (Sayap pergerakan) wanita (PKR) turut hadir…

Read More

Muhyiddin dapat semula pasport

KUALA LUMPUR 8 Mei – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berjaya mendapatkan sementara pasportnya untuk ke Australia Ahad ini bagi melawat kakaknya yang menghidap kanser. Hakim Azura Alwi, membuat keputusan itu di Mahkamah Sesyen hari ini susulan permohonan peguam bela Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik, yang tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad. “Pasport akan diserahkan kepada (seorang lagi) peguam (Muhyiddin), Tang Jia Yearn hari ini dan diserahkan kembali kepada mahkamah pada 28 Mei melalui peguam itu,” katanya. Terdahulu, Hisyam memohon pasport diserahkan sementara kerana anak guamnya akan bertolak ke…

Read More

Malaysia kutuk serangan Israel di Rafah

KUALA LUMPUR 8 Mei – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu Israel di Rafah, Gaza, kelmarin selepas pejuang Hamas menerima cadangan gencatan senjata. Wisma Putra, dalam kenyataannya berkata, serangan yang mengorbankan 19 mangsa itu jelas menunjukkan kedegilan Israel dan keengganan rejim Zionis menuju proses keamanan sekali gus perlu ditolak masyarakat antarabangsa. “Serangan itu yang dilancarkan hanya beberapa jam selepas Hamas bersetuju terhadap gencatan senjata melalui rundingan damai diatur Mesir dan Qatar, hanya menunjukkan sikap keras kepala Israel. “Hakikatnya, rejim Israel bertekad untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai dan perang bagi memusnahkan rakyat Palestin.…

Read More

Polis giat kesan suspek pecah cermin

JOHOR BAHRU 8 Mei – Polis sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Safiq Rahim yang dilapor dipecahkan di pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), di Jalan Sri Gelam, malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan. Terdahulu, Safiq memuat naik gambar cermin belakang kereta Honda City Hatchback miliknya yang dipecahkan individu tidak dikenali, di kawasan pusat latihan JDT. Menerusi laporan polis dimuat naik,…

Read More

Pusingan kelima pelepasan air radioaktif

TOKYO: Jepun melaksanakan pusingan kelima pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang tidak beroperasi, demikian menurut pengendali Tokyo Electric Power Company Holdings Inc. (TEPCO). Menurut TEPCO, pelepasan terbaru sejak 19 April termasuk 7,800 tan air diproses, dan merancang mengeluarkan sejumlah kira-kira 54,600 tan dalam tahun fiskal yang berterusan, berakhir Mac depan dengan jangkaan enam lagi pusingan. “Paras tritium yang tidak normal belum dikesan di perairan berhampiran,” kata TEPCO yang mengeluarkan sekitar 31,200 tan dalam empat kelompok dari Ogos lalu hingga Mac tahun ini. Jepun mula…

Read More