Sidang ketua agama setuju 10 resolusi

PETALING JAYA: Agama harus dipisahkan daripada perbuatan merosakkan yang dilakukan oleh sebahagian penganutnya. Itu antara 10 resolusi yang dipersetujui pada Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 yang berakhir hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff membacakan resolusi itu pada ucapan di akhir persidangan. Katanya, persidangan juga bersetuju bahawa kebencian dan perkauman adalah sentimen ganas yang mendedahkan kecacatan besar dalam pemahaman konsep agama, kebangsaan dan sivil. Sentimen sebegitu adalah penghasut terbesar ke arah keganasan dan perpecahan. Mereka juga adalah punca utama mengapa perpaduan moral manusia sering…

Read More

Pokok tumbang berusia lebih 50 tahun

KUALA LUMPUR 7 Mei –  Pokok yang tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini, petang ini sudah berusia lebih 50 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. Katanya, pokok lama itu di bawah pemantauan pihak swasta. Beliau berkata pemeriksaan pokok-pokok di Kuala Lumpur dilakukan secara kerap oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pemantauan dibuat dua tahun sekali. “Kita juga telah mengenal pasti banyak pokok berusia sekitar 50 sehingga 80 tahun di ibu negara yang mana pokok-pokok ini hanya menunggu masa untuk tumbang lebih-lebih lagi…

Read More

Pokok tumbang, seorang maut, satu cedera

KUALA LUMPUR 7 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pukul 2.19 petang.. Beliau berkata, tiga jentera bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Jalan Tun Razak dan Sentul turut dihantar ke lokasi membabitkan kekuatan keseluruhan seramai 27 pegawai…

Read More

Khidmat monorel tergendala

KUALA LUMPUR 7 Mei – Operasi laluan Monorel mengalami gangguan berikutan kejadian dahan pokok tumbang di atas landasan, berhampiran stesen Monorel Raja Chulan di sini, petang ini. Dalam kenyataannya, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan, tiada perkhidmatan antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku, dan pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku. Rapid KL sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin. “Kami memohon maaf di…

Read More

5 tahun negara hilang RM277 bilion akibat rasuah

PUTRAJAYA – Negara kehilangan sejumlah RM277 bilion akibat rasuah dalam tempoh lima tahun lalu yang seharusnya diselamatkan dan digunakan untuk membantu rakyat dan meningkat infrastruktur awam seperti membaiki sekolah dan hospital. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, berkata kerugian itu adalah berdasarkan perkiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tahun 2018 hingga 2023. “Kalau dibahagi lima, puratanya lebih kurang RM55 bilion setahun. Jadi jumlah ini yang kita semua perlu selamatkan,” katanya pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini hari ini.. Majlis peluncuran itu…

Read More

Azam Baki enggan ulas tempoh perkhidmatan

PUTRAJAYA 7 Mei – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki enggan mengulas sama ada tempoh perkhidmatannya akan disambung atau tidak. Sebelum ini, tempoh perkhidmatan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilanjutkan selama setahun tahun lepas yang akan tamat pada 12 Mei ini. “Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi, …saya ada masa hingga 12 Mei ini. “Itu tarikh birthday (hari lahir) saya… sesiapa nak bagi birthday gift (hadiah) boleh beri,” katanya ditemui pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.…

Read More

SPRM jangan ‘terpukau’ hadapi golongan atasan

PUTRAJAYA 7 Mei –  Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus berani dan tidak ‘terpukau’ ketika menjalankan siasatan terhadap golongan atasan, berpengaruh dan berdarjat. Beliau berkata, dalam usaha memerangi gejala rasuah, golongan berkenaan akan terus menekan agensi penguatkuasaan itu untuk terlepas dari undang-undang. “Saya mempunyai keyakinan kepada keluarga SPRM, yang diberikan mandat (menyiasat) tidak mengenal darjat dan keturunan. Rakyat perlu tahu, apa sahaja sanggahan dan lontaran kepada kita, tujuannya adalah untuk menyelamatkan nasib mereka. “Ia tidak boleh dilakukan jika ada penjawat awam atau…

Read More

Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan

HULU SELANGOR 7 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata kempen berlangsung dalam keadaan yang baik, hormat-menghormati dan tidak menyalahi undang-undang ditetapkan kecuali satu kes berkempen menggunakan gambar Sultan Ibrahim. Beliau berharap dalam tempoh berbaki tiga hari lagi, semua pihak menerapkan nilai positif dengan berkempen secara matang. “Saya sangat berharap tinggal lagi tiga hari (berkempen), kita berkempen secara…

Read More

Tidak aman selagi Barat burukkan Islam

PETALING JAYA 7 Mei – Dunia tidak akan aman selagi negara Barat meneruskan kempen yang hanya memburukkan Islam dan menggambarkan umatnya sebagai pengganas, kata Mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin. “Kita tidak akan hidup aman sehinggalah kita menghentikan kempen terhadap hanya satu kumpulan (Islam), yang datang daripada media Barat,” katanya Beliau berkata, masyarakat berbilang bangsa dan agama pernah hidup aman serta harmoni di bawah kepemimpinan khalifah Islam, tetapi keadaan berubah selepas Barat melaksanakan agenda mereka, terutama atas alasan memerangi pengganas. “Mereka (Barat) hanya memfokus satu kumpulan dan agama, iaitu…

Read More