UAE hantar 400 tan makanan ke Gaza

ABU DHABI: Hasil kerjasama rapat dengan American Near East Refugee Aid (Anera), Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berjaya menghantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza, yang dikhususkan kepada utara Semenanjung Gaza.

Menurut agensi berita Emiriya,  penyampaian dan pengagihan makanan itu untuk menyelamatkan nyawa 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE untuk menyediakan bantuan dan menangani krisis kemanusiaan di Gaza.

Menteri Kerjasama Antarabangsa, Reem Al Hashimy, berkata kejayaan penghantaran dan pengagihan bantuan ke Semenanjung Gaza dengan selamat, terutamanya utara Gaza menandakan peningkatan ketara dalam tindakan itu.

“Kami tetap kekal komited dalam pendirian kami bersolidariti dengan rakyat Palestin bagi mengurangkan penderitaan penduduk di Semenanjung Gaza.

“UAE yang bekerjasama dengan rakan antarabangsa semakin yakin untuk memperhebat lagi segala usaha bagi memastikan bantuan itu sampai kepada mereka yang amat memerlukan,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Anera, Sean Carroll, berkata pertubuhan itu dan mereka yang menerima perkhidmatannya amat menghargai bantuan kerajaan dan rakyat UAE.

UAE memperuntukkan US$15 juta di bawah Dana Amalthea untuk menyokong penghantaran bantuan ke Gaza, dengan kerjasama rakan dan badan antarabangsa sama ada p melalui jalan darat, laut dan udara.

Setakat ini, UAE menyampaikan lebih daripada 31,000 tan bekalan kemanusian segera termasuk makanan, item keperluan dan perubatan, dihantar menerusi 256 penerbangan, 46 jatuh udara, 1,231 trak dan enam kapal.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment