SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam. Justeru, Singapura berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan Sultan Ibrahim yang merupakan sahabat karib kepada republik itu sejak sekian lama, bagi meningkatkan lagi hubungan antara kedua negara berjiran. “Mewakili semua rakyat Singapura, kami amat berbesar hati bahawa Seri Paduka Baginda memutuskan untuk membuat Lawatan Negara pertama sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia, ke Singapura. “Di bawah kepemimpinan dan sokongan padu Seri Paduka Baginda, kita boleh bersama-sama meningkatkan lagi…
Read MoreDay: May 6, 2024
Terima kasih Lee Hsien Loong
SINGAPURA 6 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia. Sultan Ibrahim bertitah, sikap dedikasi serta pandangan jauh Hsien Loong telah menyaksikan Malaysia dan Singapura menjalin hubungan kerjasama yang erat ke arah membina masa depan lebih baik. Hsien Loong akan berundur daripada jawatannya pada 15 Mei ini dan digantikan oleh Timbalan Perdana, Lawrence Wong yang juga Menteri Kewangan. Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan…
Read More5 tawaran manifesto PN PRK KKB
HULU SELANGOR 6 Mei – Perikatan Nasional (PN) mengemukakan lima tawaran atau teras dalam manifesto bertemakan ‘Demi Rakyat Kuala Kubu Bharu’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilancarkan di sini, hari ini. Calon PN, Khairul Azhari Saut berkata manifesto itu bertujuan membolehkan pihaknya menyuarakan denyut nadi rakyat atau pengundi Kuala Kubu Bharu di peringkat pentadbiran negeri. Katanya , teras yang pertama adalah untuk menuntut pembangunan berkualiti dan mapan dengan mendesak pembangunan infrastruktur serta prasarana asas masyarakat yang berkualiti dan sempurna. “Teras berkenaan adalah untuk menjadi suara…
Read MorePRN Sabah: GRS tolak hasrat Bersatu, Pejuang
KOTA KINABALU 6 Mei – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menolak kerjasama dengan parti lain dari Semenanjung bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) setelah serasi dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam mentadbir negeri. Ketua Penerangannya, Joniston Bangkuai berkata tiada sebab untuk GRS menjalin kerjasama dengan parti lain dengan mengambil kira keyakinan rakyat Sabah terhadap gabungan sekarang dalam meneruskan pembangunan negeri ini. “Mengambil kira keyakinan rakyat kepada GRS dan keserasiannya dengan PH Sabah, tiada sebab untuk gabungan parti tempatan ini menjalin kerjasama dengan parti lain yang berpangkalan di Semenanjung,” katanya dalam…
Read MoreBiar penganjur DSA bertindak
KUALA LUMPUR 6 Mei – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan kepada penganjur untuk menjawab isu pembabitan pempamer yang menyokong Israel dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024. “Biar pihak penganjur bertindak balas mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian DSA dan NATSEC Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini. Beberapa pihak sebelum ini menggesa kerajaan melarang penyertaan dua syarikat yang didakwa terbabit dalam membekalkan senjata kepada tentera Israel. Mereka termasuk bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Ketua…
Read MoreUsir pempamer DSA sokong Israel
PUTRAJAYA 6 Mei – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan membenarkan syarikat-syarikat pembuat senjata yang menyokong Israel menyertai Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 seperti memperolok dan mempersenda usaha menentang kekejaman Tel Aviv. ”Kita seolah-olah bersekongkol dengan mereka menumpah darah rakyat Palestin termasuk bayi, kanak-kanak dan orang awam yang lain,” katanya dalam satu kenyataan. Justeru, bekas Perdana Menteri itu meminta Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan mengambil tindakan tegas dan mengarah syarikat-syarikat ini keluar dari Malaysia seberapa segera yang boleh. Berikut kenyataan Dr Mahathir 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊…
Read MoreGambar Agong : Jel sebulan denda RM3,000
HULU SELANGOR 6 Mei – Individu yang mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 4 Mei lalu dipenjara sebulan dan denda RM3,000. P. Ramasamy, 66, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini. Mahkamah mengarahkan Ramasamy yang bekerja sendiri itu, untuk menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei dan akan dipenjara…
Read MoreTidak wajar guna gambar Sultan Ibrahim
HULU SELANGOR 6 Mei – Pengarah Kempen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Ng Sze Han, berkata tindakan menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam kempen adalah tidak wajar. Katanya, PH tidak pernah mengarah atau membenarkan tindakan mempamerkan gambar Sultan Ibrahim oleh mana-mana petugas kempen parti itu. “Kami mengambil maklum siasatan yang dijalankan polis mengenai perkara ini. Kami bersedia memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Kenyataan itu merujuk kepada kepada laporan media mengenai insiden gambar Yang di-Pertuan Agong digunakan…
Read MoreLawatan dua hari Seri Paduka ke Singapura
SINGAPURA 6 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan. Ini merupakan Lawatan Negara yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan atas jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam. Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong berangkat dari Istana Besar, Johor pada pukul 9.45 pagi dengan kereta diiringi dua Menteri Pengiring iaitu Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan. Keberangkatan Seri…
Read MoreOIC digesa tingkat usaha kerjasama
PUTRAJAYA 6 Mei – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu meneruskan usaha dan meningkatkan kerjasama dengan semua negara dalam mencapai empat matlamat utama termasuk gencatan senjata serta-merta dan berkekalan di Gaza. Malaysia membuat gesaan itu melalui Kenyataan Negara yang disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Republik Gambia, yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad. Wisma Putra dalam kenyataan hari ini menjelaskan, Malaysia juga mahu penyaluran bantuan kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan. Di samping itu memastikan Israel dibawa ke muka pengadilan ke…
Read More