Tiada kes TTS dikaitkan vaksin AstraZeneca

JAKARTA: Suruhanjaya negara yang mengkaji kesan sampingan vaksin Covid-19 mengesahkan, tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom thrombocytopenia (TTS) yang dikaitkan dengan vaksin AstraZeneca di Indonesia

Rumusan itu hasil pemantauan aktif dan pasif oleh Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi bersama-sama Kementerian Kesihatan dan Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan (BPOM).

Dalam kenyataannya, Pengerusi suruhanjaya, Prof Hinky Hindra Irawan Satari berkata vaksin menjalani penilaian ketat menerusi pelbagai peringkat percubaan klinikal melibatkan jutaan peserta sebelum diluluskan.

Pemantauan diteruskan sehingga selepas pengedaran.

TSS adalah keadaan yang jarang berlaku dengan cirinya terdapat darah beku dan kiraan platelet yang rendah serta berpotensi mengakibatkan gejala yang teruk.

Terdahulu, satu laporan media di United Kingdom melaporkan AstraZeneca memaklumkan vaksin Covid-19 keluarannya mungkin sebabkan kesan sampingan yang jarag ditemui dikenali sebagai TTS.

Untuk rekod, Indonesia berada di kedudukan keempat pada peringkat global dalam usaha vaksinasi dengan 453 juta dos vaksin disuntik kepada penerima termasuk 70 juta dos AstraZeneca.

Hinky berkata pemantauan aktif untuk potensi simptom berkaitan vaksin, termasuk TTS dijalankan merentasi 14 hospital di tujuh wilayah selama setahun sejajar dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Katanya, pemerhatian bermula dari Mac 2021 hingga Julai 2022, dan melanjutkan pemantauan bagi memastikan saiz sampel mencukupi di mana hasilnya, tiada kes TTS dikaitkan dengan vaksin AstraZeneca ditemukan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment