DUBAI – Lubnan tidak termasuk dalam gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Pendirian itu ternyata bercanggah dengan kenyataan Pakistan yang menjadi pengantara perjanjian itu.
Iran puka menegaskan bahawa Lubnan termasuk dalam perjanjian itu, menandakan satu perbezaan utama mengenai gencatan senjata yang rapuh untuk menamatkan konflik.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata perang Israel ke atas Hezbollah di Lubnan mesti dihentikan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.
Dunia melihat pembunuhan beramai-ramai di Lubnan,” katanya dalam satu hantaran di X.
“Bola kini berada di gelanggang AS dan dunia sedang memerhatikan sama ada ia akan menunaikan komitmennya,” tegasnya.
Selepas Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Lubnan semalam, yang mengakibatkan lebih 1,400 orang terbunuh atau cedera di kawasan padat penduduk, Trump menyifatkan perang Israel ke atas Hezbollah sebagai “konflik berasingan”.
“Disebabkan Hezbollah, mereka tidak termasuk dalam perjanjian itu,” kata Trump kepada penyiar awam PBS.
Sementara itu, Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, mengulangi kenyataan presiden itu lewat malam tadi.
“Lubnan bukan sebahagian daripada gencatan senjata yang telah disampaikan kepada semua pihak yang terlibat,” katanya kepada wartawan.
Leavitt turut menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mungkin cuba melemahkan gencatan senjata dengan menyerang Lubnan, sambil menegaskan bahawa Israel kekal sebagai “sekutu dan rakan penting” kepada AS.
Nnn
