MIPP anggotai Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR 22 April – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) diterima sebagai anggota penuh Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya, S P Punithan. Melalui satu kenyataan di Facebook malam ini, Punithan berkata, penerimaan itu Ini bukan sahaja satu pengiktirafan, malah mesej yang jelas bahawa PN memberikan keutamaan kepada kaum India yang juga kaum ketiga terbesar di negara ini. “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN dan seluruh kepimpinan parti atas pengiktirafan dan sokongan sebulat suara oleh Bersatu, Pas, Gerakan dan SAPP untuk menerima MIPP…

Read More

Kosmetik “ZMY Magnetic Aura Night Cream” mengandungi merkuri

PPUTRAJAYA 22 April –  Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang awam mengelak daripada membeli dan menggunakan kosmetik “ZMY Magnetic Aura Night Cream” yang dikesan mengandungi racun berjadual, dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia. Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan (KKM) Rosilawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata KKM telah membatalkan notifikasi produk kosmetik berkenaan yang dikesan mengandungi merkuri. Katanya, merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana bahan itu boleh menyerap ke dalam badan sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, sistem saraf serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau janin, selain menyebabkan…

Read More

“UMNO nak berpeluk cium mulut DAP hak kamu”

SEPANG – Isu sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu terus panas apabila seorang pemimpin MCA tampil meminta UMNO tidak campur tangan dalam sebarang keputusan yang dibuat parti itu. Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Koh Chin Han dalam kenyataan melalui Facebooknya hari ini bertanya, di mana logiknya mahukan parti komponen BN itu membantu parti yang berusaha bersungguh-sungguh hendak menjahanamkan MCA. “Kan dia orang (DAP) yang dah nyatakan mereka tak suka MCA, tak dengar ke pemimpin-pemimpin UMNO ini? “Cukuplah! Biarlah MCA buat keputusan sendiri, yang…

Read More

PRK: Tiba masa UMNO balas budi DAP

GERIK 22 April – DAP berharap UMNO dapat bekerja keras untuk membantu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, langkah itu boleh dianggap sebagai membalas jasa Pakatan Harapan (PH) terutama DAP yang memenangkan calon UMNO sewaktu PRK DUN Pelangai, di Pahang pada Oktober tahun lalu. Katanya, DAP berhempas-pulas menjalankan kempen di kawasan pengundi Cina agar memilih calon UMNO dan hasilnya BN meraih 98 peratus undi Cina, rekod yang tidak pernah…

Read More

Zafrul fail afidavit betulkan fakta

KUALA LUMPUR 22 April – Firma guaman, Cecil Abraham & Partners, hari ini memohon kebenaran memfailkan afidavit bagi membetulkan fakta tidak tepat dalam afidavit  Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Adendum kes pengampunan Najib Razak. Permohonan bagi mewakili Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, melalui surat bertarikh hari ini yang dihantar kepada Setiausaha Hakim Mahkamah Tinggi, Amarjeet Singh. Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, afidavit diikrarkannya adalah untuk menangani secara khusus pengataan terkandung dalam Afidavit Tambahan No 3 itu yang diikrarkan oleh Timbalan Perdana Menteri…

Read More

Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada PM

PUTRAJAYA 22 April – Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan bekas Pengerusi Petronas, Mohd Hassan Marican dan tiga anggota jawatankuasa. Tiga ahli jawatankuasa itu terdiri daripada Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd,  Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Nungsari Ahmad Radhi. Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya, berkata penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh…

Read More

Langkah bersepadu tangani pencemaran plastik

PUTRAJAYA 22 April –  Usaha menangani isu pencemaran plastik memerlukan langkah  bersepadu yang melibatkan kerajaan, perniagaan, komuniti dan individu. Menurut Jabatan Perikanan (DOF), semua pihak perlu mengurangkan pencemaran dan penggunaan plastik, meningkatkan kecekapan sistem pengurusan sisa selain menggalakkan penggunaan bahan alternatif bagi menangani isu itu. Dalam kenyataannya, DOF memaklumkan kajian menunjukkan jenis plastik yang kerap ditemui dalam persekitaran akuatik tempatan dan global ialah rayon, polietilena dan polipropilena. “Jenis plastik ini digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian terutama dalam industri pakaian, pembungkusan makanan dan lain-lain industri,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan…

Read More

Suspek tembak disambung reman 5 hari

KOTA BHARU 22 April –  Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu disambung reman lima hari mulai esok sehingga 27 April. Perintah reman terhadap Hafizul Hawari, 38, dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di sini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Sebelum ini, Hafizul ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga hari ini oleh Majistret Rais Imran Hamid. Dalam kejadian pukul 1.20 pagi 14 April lalu, dua…

Read More

Setiap 10 minit seorang kanak-kanak maut

ISTANBUL: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendakwa seorang kanak-kanak maut setiap 10 minit di Semenanjung Gaza. Menurut UNRWA dalam hantaran di X, sejumlah kanak-kanak juga cedera di tengah-tengah serangan berterusan tanpa mengira sasaran dan gencatan senjata segera adalah harapan terakhir yang tinggal. Dalam pada itu, Pentadbiran Pertahanan Awam Palestin di Semenanjung Gaza berkata bahawa jasad 50 warga Palestin yang dibunuh tentera Israel ditemukan daripada sebuah kubu besar di selatan Wilayah Khan Younis. Kenyataan itu menekankan masih terdapat mayat dalam kubur besar dan di bawah…

Read More