MIPP anggotai Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR 22 April – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) diterima sebagai anggota penuh Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya, S P Punithan.

Melalui satu kenyataan di Facebook malam ini, Punithan berkata, penerimaan itu Ini bukan sahaja satu pengiktirafan, malah mesej yang jelas bahawa PN memberikan keutamaan kepada kaum India yang juga kaum ketiga terbesar di negara ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN dan seluruh kepimpinan parti atas pengiktirafan dan sokongan sebulat suara oleh Bersatu, Pas, Gerakan dan SAPP untuk menerima MIPP sebagai anggota penuh PN,” katanya.

Punithan berkata, suara dan agenda pembangunan holistik masyarakat India akan diterajui, dipimpin dan diberikan keutamaan oleh MIPP untuk memastikan ia tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“MIPP juga komited dalam merangka agenda dan naratif pembangunan ekonomi yang holistik untuk masyarakat India.

“Saya menyeru masyarakat India untuk memberikan sokongan kepada PN untuk masa depan yang lebih cerah,” katanya.

(foto fb MIPP)

Nnn

Related posts

Leave a Comment