Tugas baharu Zafrul di luar kerangka UMNO, BN

HULU SELANGOR 21 April – Selepas meletak jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor pada 1 April lalu, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, kini diberi tugas baharu di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN). Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan demikian berkata beliau sendiri akan memantau prestasi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkenaan dengan peranan baharunya itu secara dekat. “Saya bincang dengan Tengku Zafrul. Ada tugas lain yang saya berikan kepada beliau (iaitu) untuk menyusun strategi dan melakukan sesuatu dari segi politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional…

Read More

Agenda reformasi MADANI bantu rakyat

SHAH ALAM 21 April – Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan MADANI merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang politik, kata Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim. Beliau mengambil contoh Sumbangan Tunai Rahmah (STR), di mana kerajaan menyediakan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini berbanding RM8 bilion tahun lalu, yang memanfaatkan sembilan juta rakyat untuk meringankan beban mereka. “Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kita tambah lima kali ganda daripada RM130 juta tahun lalu kepada RM700 juta, bantuan untuk murid sekolah, dari darjah satu sampai tingkatan lima semua pelajar Melayu,…

Read More

Tidak perlu MoU jika kerajaan ikhlas

HULU SELANGOR 21 April – Kerajaan Perpaduan tidak perlu menyediakan Memorandum Persefahaman (MoU), jika ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Muhyiddin Yassin. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan adalah ‘mempertimbangkan’ bagi penyaluran peruntukan. “Kabinet (dalam kenyataan menyatakan) bersetuju untuk menimbang (bagi peruntukan), kalau bersetuju… itu lain. Yang kedua, ada MoU. Kalau dia ikhlas, dia tak payah buat MoU. Saya tak nak cakap pada zaman saya. Waktu Covid-19, kami bagi peruntukan kepada mereka (pembangkang). Mereka tak mohon… tak…

Read More

PN umum calon PRK Khamis ini

KUALA KUBU BHARU 21 April –  Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Khamis depan, iaitu menjelang hari penamaan calon pada 27 April. Pengerusinya,  Muhyiddin Yassin, berkata pemilihan calon itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN, esok. “Kita akan membincangkan calon mana yang paling sesuai atas dasar boleh menang. Kita ada banyak calon tetapi apapun, mana-mana parti yang ada cadangan hendak kemukakan nama calon (lain), kita terima. “Kita akan menilai siapa calon yang bakal dinamakan, dari segi kelayakan…

Read More

Hamzah urus status 6 ahli Parlimen Bersatu

HULU SELANGOR 21 April – Setiausaha Agung Bersatu,  Hamzah Zainudin akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam Ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, parti sudah berbincang dan membuat keputusan berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada Hamzah untuk tibdakan selanjutnya. “Kita akan ambil langkah-langkah yang sudah dipersetujui dalam tempoh seminggu ini. Oleh itu, kita serahkan kepada pihak Setiausaha Agung untuk melaksanakannya. Jadi, tunggu sahajalah (tindakan lanjut),” katanya, hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu di Fraser Valley,…

Read More

Adakah Zahid perlu contohi Musa Hitam?

JOHOR BAHRU 21 April – Tindakan Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib Tun Razak mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 boleh mencetuskan krisis Perlembagaan. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dalam kenyataannya berkata, tindakan Ahmad Zahid selaku seorang Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan. “Persoalannya apa implikasi undang-undang, etika bekerajaan dan prinsip tanggungjawab bersama atau ‘collective responsibility’ jika si Timbalan Perdana Menteri…

Read More

POP25, KEMAS16 misi kekalkan PMX

SHAH ALAM 21 April – Bagi memastikan misi Anwar Ibrahim akan terus kekal sebagai Perdana Menteri, PKR akan memulakan gerak kerja dua tahun lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Justeru, PKR memperkenalkan kerangka kerja ‘Keadilan menang siri PRU ke-16’ (KEMAS16) dan pemerkasaan organisasi parti (POP25) sebagai hala tuju persiapan akar umbi dan pimpinan PKR merangka persiapan serta menggembleng kekuatan dalam menghadapi PRU-16. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kedua-dua kerangka kerja ini, adalah untuk mengukuhkan kembali kekuatan dari akar umbi sehingga ke atas untuk mencipta kekuatan baharu…

Read More

Selesai segera kemelut PKR Sabah

SHAH ALAM 21 April –  Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui kepemimpinan parti itu di Sabah dilanda ‘pergolakan’ dan menggesa penyelesaian segera kemelut  itu. “Saya salute (tabik) Sabah (PKR). Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa pergolakan yang menjejaskan parti. Saya harap akan ada penyelesaian segera untuk ‘pergolakan’ ini. Tolong jangan panjangkan lagi,” katanya. Saifuddin yang berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR sempena sambutan ulang tahun ke-25 parti itu di sini hari ini, merujuk kepada isu yang menjejas kepemimpinan PKR Sabah, yang dilanda krisis selepas 15 daripada 26…

Read More