PN umum calon PRK Khamis ini

KUALA KUBU BHARU 21 April –  Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Khamis depan, iaitu menjelang hari penamaan calon pada 27 April.

Pengerusinya,  Muhyiddin Yassin, berkata pemilihan calon itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN, esok.

“Kita akan membincangkan calon mana yang paling sesuai atas dasar boleh menang. Kita ada banyak calon tetapi apapun, mana-mana parti yang ada cadangan hendak kemukakan nama calon (lain), kita terima.

“Kita akan menilai siapa calon yang bakal dinamakan, dari segi kelayakan akademik dan pembabitan dalam badan bukan kerajaan. Sebaik-baiknya ialah calon dari kawasan Hulu Selangor dan tempatan, kerana sentimen orang tempatan perlu diambil kira,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu, di sini, hari ini

Pada pilihan raya negeri, tahun lalu, Lee Kee Hiong daripada DAP berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi apabila mengalahkan Teoh Kien Hong (Gerakan), Siva Prakash Ramasamy (MUDA) dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia).

Kerusi itu diisytiharkan kosong selepas Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu. Pengundian bagi PRK itu akan berlangsung pada 11 Mei depan, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

Nnn

Related posts

Leave a Comment