SEPANG 17 April – Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan diadakan di Fraser Valley Kuala Kubu Bharu, Lot 3545, Jalan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, tarikh dan masa kekal seperti yang telah diumumkan iaitu 21 April mulai pukul 10 pagi sehingga 2 petang. Pemilihan lokasi baharu itu dibuat selepas Azmin mendakwa Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Bersatu mengadakan majlis itu di Pusat Perdagangan Ara,…
Read MoreDay: April 17, 2024
Pertahan politik kesederhanaan
PUTRAJAYA 17 April – Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia memandang serius tindakan sesetengah pihak memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan yang mampu mengancam keharmonian negara serta kerukunan masyarakat pelbagai kaum. Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mesyuarat sepakat supaya kerajaan bertindak tegas menurut lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara. “Semua parti Kerajaan Perpaduan bersepakat akan terus mempertahan orientasi dan pendekatan ‘Politik Kesederhanaan’ sebagai asas kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum. “Dengan…
Read MoreJoseph Kurup meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini kira-kira pukul 7.30 malam pada usia 80 tahun. Anak mendiang, Arthur yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dalam kemas kini di laman Facebooknya berkata “ Terima kasih bapa… Anda terbaik. Saya sayang awak sepenuh hati saya,” Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu turut memuat naik gambar mendiang bapanya, dengan tertera perkataan “selamanya di hati kami”. Sebelum mengasaskan PBRS, Kurup mula berkecimpung dalam bidang politik pada…
Read MoreApple kaji bina kilang di Indonesia
JAKARTA 17 April – Apple Inc akan mengkaji permintaan Indonesia untuk membina sebuah kilang pengeluaran Apple di negara ity, kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook. Beliau berkata demikian selepas bertemu Presiden Joko Widodo, yang berharap gergasi teknologi itu akan meningkatkan kandungan tempatannya dengan bekerjasama dengan firma domestik. “Kami bercakap mengenai keinginan Presiden untuk melihat pembuatan di negara ini, dan ia adalah sesuatu yang kami akan pertimbangkan,” kata Cook kepada pemberita selepas pertemuan itu. Cook, tiba di Jakarta pada hari Selasa selepas melawat Vietnam.dan akan merasmikan akademi pemaju keempatnya di…
Read MoreZafrul mahu betulkan kesilapan fakta afidavit
PUTRAJAYA 17 April – Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavitnya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta dalam afidavit tambahan yang diikrarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam satu kenyataan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, itu memaklumkan beliau telah mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai berhubung afidavit Ahmad Zahid itu. “Pendirian saya bukan untuk mempertikaikan merit isu yang sedang berlangsung. Saya hanya ingin memastikan bahawa fakta sebenar direkodkan dengan betul supaya semua pihak, khususnya Mahkamah Tinggi, dapat menilai kesemua…
Read MoreSaksi kritikal: Kabinet tidak bincang
PUTRAJAYA 17 April – Kabinet tidak membincangkan pembabitan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kewujudan Titah Adendum. “Tidak dibincangkan hari ini (dalam mesyuarat Kabinet),” kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di sini hari ini. Najib, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Ahmad Zahid hari ini, disahkan sebagai ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan bekas Perdana Menteri itu…
Read MoreTitah Adendum: Zahid Hamidi ‘saksi kritikal’.
KUALA LUMPUR 17 April – Dr Ahmad Zahid Hamidi, disahkan sebagai ‘saksi kritikal’ yang menyokong dakwaan Najib Razak mengenai kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya bekas Perdana Menteri itu menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah. Timbalan Perdana Menteri itu menyokong dakwaan berkenaan menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu. Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, Presiden UMNO itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul…
Read MoreBekalan air di Pulau Pinang tidak terjejas
TANJONG 17 April – Bekalan air di Pulau Pinang tidak terjejas setakat ini walaupun paras air Sungai Muda, Kedah yang melibatkan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Petani dan Pinang Tunggal menunjukkan trend penurunan. Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata ia berikutan pam untuk mengekstrak air dipasang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) agak dalam di hilir sungai yang membolehkan ia masih boleh mengepam untuk kegunaan pengguna di negeri itu. “Apabila LRA itu terjejas, tidak bermakna loji kita atau extraction point kita terjejas sebab paras di mana pam…
Read MoreUMNO patut desak Speaker kosongkan 7 kerusi
SEPANG 17 April – UMNO disaran mendesak Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul supaya mengisytiharkan enam kerusi Parlimen yang diwakili Bersatu kosong berikutan tindakan mereka mengisytiharkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini kerana UMNO berpeluang menang, terutama di kerusi Parlimen yang parti itu kalah tipis sebelum ini jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan tahun ini. “Jadi tugas UMNO sekarang dalam kerajaan ialah desak Speaker Dewan Rakyat isytiharkan kerusi-kerusi ini kosong supaya berlaku PRK. Desak dan tekan bersungguh-sungguh,” katanya dalam hantaran di Facebooknya. Beliau berkata, jangkaan…
Read More